Kelas Asas ICT & Online Sport Ragbi

NAMA : ADDRIAN ANAK JACKIE

UMUR : 19 TAHUN

AHLI : 2011

PEKERJAAN : PELATIH SAMBILAN SUKAN RAGBI SMK TEBEDU 

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Latar belakang

Adik Addrian sangat aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan di PI Tebedu. Semenjak dari PI Tebedu mula bertapak di Kampung Insan Jaya, Bengan hinggalah PI Tebedu telah bertukar tapak ke Pasar Baru Bandar Mutiara Tebedu. Selepas tamat persekolahan Tingkatan 5, keluarga beliau tidak mampu membantu beliau untuk melanjutkan pelajaran beliau.

Oleh itu, beliau juga mencuba nasib seperti rakan-rakan lain iaitu mencari pekerjaan. Beliau akhirnya menyertai Program Jobs Malaysia yang dianjurkan oleh PI Tebedu. Beliau didedahkan dengan cara-cari mencari jawatan kosong di atas talian, mengisi jawatan yang ada serta membuat email untuk memudahkan beliau berkomunikasi dengan bakal majikan kelak.

Akhirnya, beliau mendapat tawaran sebagai jurulatih pasukan rugby di sekolah. Beliau juga merupakan ahli pasukan rugby dan pernah mewakili Sarawak. Memandangkan guru tersebut akan berpindah, maka kurangnya jurulatih yang mahir untuk melatih pasukan tersebut.

Adik Addrian pernah membawa pasukan 17 tahun ke bawah di bawah pimpinan beliau dan beberapa orang jurulatih untuk mewakili Sarawak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Addrian kekurangan pengetahuan bagaimana mencari pekerjaan talian serta cara-cara memohon pekerjaan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Addrian menggunakan kemudahan internet yang ada untuk memohon pekerjaan secara atas talian. Beliau kini tahu cara-cara membuat resume serta permohonan pekerjaan secara atas talian.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Membuat email
- Mempelajari cara-cara memohon pekerjaan secara atas talian.
- Mengenali platform-platform jawatan kosong seperti E-Recruitment Sarawak dan lain-lain lagi

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu serta membimbing cara-cara memohon pekerjaan
- Memberi kelas tambahan seperti membuat resume
- Membuat program untuk para komuniti kampung yang masih mencari pekerjaan