Klik Dengan Bijak & Usahawan Bunga Plastik

NAMA : NURFARIDA JONG ABDULLAH

UMUR : 43 TAHUN

AHLI : 2018

PEKERJAAN : MEMBUAT & MENJUAL BUNGA PLASTIK    

PENDIDIKAN : SIJIL RENDAH PELAJARAN

Latar belakang

Puan Faridah merupakan seorang surirumah sepenuh masa tetapi berbakat dalam penghasilan kraftangan menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar dan tali nilon. Beliau menggunakan surat khabar lama sebagai bahan utama beliau dalam penghasilan bakul. Bakul tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang lama kerana beliau menggunakan dawai sebagai kerangka di dalam balutan surat khabar tersebut. Selain menghasilkan bakul, beliau juga menghasilkan bunga hiasan menggunkan tali nilon. Kebiasaannya, produk beliau akan ditempah sekali dengan bakul dan bunga hiasan yang bersesuaian untuk sesuatu majlis mahupun hiasan dalaman rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, Puan Faridah hanya menghasilkan produk beliau untuk dijadikan hiasan di dalam rumah dan di luar kedai beliau. Beliau turut menerima tempahan, tetapi sekitar kampung beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan Pusat Internet, Puan Faridah kini mempunyai ramai kenalan malah tempahan beliau juga kini lebih meluas. Selepas mengetahui bakat Puan Faridah, pihak PI Tebedu menjemput beliau untuk mengadakan kelas keusahawan kerjasama dengan pihak PI Tebedu. Peserta yang menghadiri kelas tersebut terdiri daripada pelbagai kampung. Dan pada masa yang sama beliau juga menerima tempahan daripada peserta beliau yang hadir.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online mengunakan FB
- Mempelajari cara untuk meningkatkan kualiti produk dari segi hiasan sepadan dengan permintaan semasa yang semakin moden.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk dengan menjemput saya untuk bekerjasama mengadakan kelas keusahawanan
- Video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI