Kelas Asas ICT & Usahawanita Manik Bidayuh

NAMA : MARY ANAK GUNI 

UMUR : 43 TAHUN

AHLI : 2017

PEKERJAAN : MEMBUAT & MENJUAL MANIK    

PENDIDIKAN : SIJIL RENDAH PELAJARAN    

Latar belakang

Puan Mary ialah seorang wanita yang bekerja dan pada masa yang sama menghasilkan kraftangan manik. Pada mulanya, beliau hanya menghasilkan kraftangan tersebut untuk kegunaan peribadi sahaja. Semakin lama beliau berkecimpung di dalam penghasilan kraftangan manik, kemahiran beliau semakin bertambah. Hasil kerja tangan beliau yang kemas serta corak yang dihasilkan juga semakin banyak. Kebanyakkan corak yang dihasilkan oleh beliau adalah bertemakan simbol-simbol atau logo yang menunjukkan tradisi di negeri Sarawak. Antara produk yang beliau hasilkan ialah kalung tradisional untuk kaum Bidayuh, gelang tangan tradisional.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI Tebedu, beliau hanya menghasilkan kraftangan tersebut untuk diri dan saudara-mara beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI Tebedu, Puan Mary kini tahu akan platform-platform menjual barangan secara online. Kini, pendapatan ada dalam lingkungan RM200-RM300 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari Ms. Publisher untuk penghasilan poster promosi yang menarik.
- Mengikuti kursus keusahawanan di PI Tebedu.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI1M membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas keusahawanan tambahan