Kelas Asas ICT & Online E-Pembelajaraan OKU

NAMA : ANASTASIA ANAK MISAN

UMUR : 21 TAHUN

AHLI : 2018

PEKERJAAN : ALTLE OKU PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS   

Latar belakang

Adik Anastasia merupakan seorang warga Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau baharu sahaja menamatkan pendidikan Tingakatan 6 beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu iaitu di kelas pelajar kurang upaya. Walaupun begitu, beliau sangat meminati untuk mempelajari ICT. Ibu bapa beliau menyambut baik hasrat adik Anastasia dan menghantar beliau ke PI Tebedu untuk mempelajari asas ICT.

Pada permulaannya, beliau agak takut dengan petugas-petugas di PI Tebedu. Tetapi lama-kelamaan beliau menjadi semakin rapat dengan petugas. Kaedah pembelajaran beliau juga ditukar oleh petugas PI Tebedu memandangkan beliau cepat berasa bosan dan pemahaman beliau juga tidak seperti pelajar-pelajar yang biasa.

Beliau diajar menggunakan kaedah video dan praktikal. Video akan ditonton kemudian beliau akan membuuatnya secara praktikal dengan bimbingan petugas PI Tebedu. Suasana pembelajaran beliau juga berlainan iaitu petugas memainkan lagu kegemaran supaya dapat membantu kebosanan beliau.

Selepas 3 minggu lebih mengikuti kelas latihan asas ICT di PI Tebedu, kini beliau mampu melayari internet di komputer malah juga mahir dalam menaip walaupun agak lambat. Walaubagaimanapun, beliau tahu akan fungsi-fungsi tab di atas papan kekunci begitu begitu juga dengan fungsi komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Anastasia agak takut dengan pembelajaran baru beliau walaupun pada mulanya agak bersemangat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada hari ketiga, akhirnya adik Anastasia mampu menyesuaikan diri dengan pembelajaran persekitaran beliau. Apatah lagi jika lagu kegemaran beliau dimainkan, semakin beliau berasa seronok untuk membuat latihan yang diberi.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari asas penggunaan komputer

- Mempelajari asas Microsoft Office

- Mempelajari asas untuk melayari laman web

- Mempelajari penggunaan You Tube

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI memberi banyak contoh latihan yang setaraf dengan kemahiran beliau.

- PI memberi kefahaman yang mudah untuk memahami sesuatu topic pembelajaran.

- PI memberi peluang kepada beliau mempelajari asas ICT walaupun beliau dari golongan kurang upaya.