NAMA : PUAN AIDA JULIANA LIDANG ABDULLAH

UMUR : 32 TAHUN

AHLI : 2018

PEKERJAAN : CLEANER & MEMBUAT KEK & KUIH-MUIH 

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH (PT 3)

 

Latar belakang

Puan Aida merupakan seorang ibu tunggal yang berminat dengan membuat pelbagai jenis kuih muih dan juga kek. Perniagaan ini hanya bermula daripada minat beliau sahaja. Beliau pernah ingin berniaga tetapi disebabkan belum mengetahui plaftform yang terbaik untuk perniagaan beliau, makanya beliau pendamkan sahaja niat tersebut. Selepas mengikuti Kelas Asas E-Rezeki di PI Tebedu, kini beliau mula berniaga dari rumah dan kampung ke kampung. Kek yang dihasilkan oleh beliau mendapat pujian disebabkan ianya kurang manis dan mempunyai kualiti yang baik.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Beliau masih menganggap membuat kuih muih dan kek itu hanya untuk minat dan bukannya untuk berniaga. Pendapatan bulanan hanyalah dalam lingkungan RM 500 sebulan. Pendapatan ini melalui hasil beliau bekerja sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas asas E-Rezeki yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu, Puan Aida ingin mengetahui cara-cara atau platform yang cepat dan pada masa yang sama dapat mempromosikan perniagaan beliau. Petugas PI Tebedu mencadangkan beliau menggunakan platform media social untuk mempromosikannya. Beliau memiliki Facebook beliau sendiri tetapi tidak pernah terlintas di fikiran beliau untuk menggunakannya sebagai platform perniagaan. Ini disebabkan beliau jarang membuka akaun Facebook beliau tersebut. Malah, untuk permulaan petugas PI Tebedu juga membantu beliau menjual kek cheese (RM 5) dengan mempromosikannya di Pusat Internet. Beliau akan menghantar kuih kek tersebut berdasarkan tempahan yang diterima. Dalam sehari beliau berjual, beliau memperoleh pendapat sebanyak RM 100 – RM 200. Pendapatan ini hanyalah ketika beliau menghantar tempahan ke Pusat Internet Tebedu dan tidak termasuk dari rumah dan kampung ke kampung.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook

-       Mempelajari asas berinternet

-       Mengikuti Kelas Asas E-Rezeki dan pada masa yang sama didedahkan dengan perniagaan.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       PI membantu mencadangkan platform media social untuk mempromosikan perniagaan.