USAHAWAN TANI ONLINE

NAMA : JOE CHARLES @ JOHAN ABDULLAH    

UMUR : 45 TAHUN

AHLI : 2018

PEKERJAAN : PETANI

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

Latar belakang

           Encik Joe merupakan seorang pekebun dan kini beliau memiliki perniagaan ikan kaloi. Pada mulanya, beliau hanya menternak ikan tersebut untuk beliau sekeluarga sahaja kerana anak-anak beliau sangat meminati masakan ikan kaloi. Tetapi memandangkan orang kampung disekeliling beliau berminat ingin membeli daripada makanya beliau membuka perniagaan menjual ikan kaloi. Pada masa sekarang, beliau hanya membuka secara kecil-kecilan dan jualan beliau juga agak terhad. Ini disebabkan kekangan masa. Walapun jualan beliau agak terhad tetapi para pelanggan beliau sentiasa setia dengan beliau. Ini adalah kerana ikan yang dijual dengan harga yang berpatutan dan juga mempunyai isi yang lembut disamping segar. Ikan kaloi yang ditangkap akan terus dijual tanpa menyimpan ikan tersebut. Ini adalah penting untuk merasa kesegaran isi ikan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau hanya dalam linkungan RM 200 dan beliau masih tidak mengetahui kegunaan internet untuk masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Rezeki bersama dengan isteri beliau kini beliau lebih yakin menggunakan internet dan komputer. Walaupun masih baru menggunakan komputer tetapi beliau berminat untuk mempelajari menggunakannya. Dan sekurang-kurangnya kini beliau mempunyai pendapatan tambahan bulanan beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog

-       Pendedahan kali pertama memegang komputer dan menggunakan internet.

-       Mengikuti Kelas Asas E-Rezeki

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan