KELAS ASAS ICT & INTERNET

NAMA : RICKY ROSTON ANAK RAPHAEL

UMUR : 18 TAHUN

AHLI :2017

PEKERJAAN : LEPASAN SPM

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH    

Latar belakang

      Adik Ricky merupakan seorang ahli PI yang bergiat aktif di PI Tebedu. Selepas berpindah dari Semenanjung Malaysia, adik Ricky sekeluarga mula menetap secara tetap di Kampung Tebedu Mawang, Tebedu dimana merupakan kampung asal mereka sekeluarga. Beliau banyak meluangkan masa terutama ketika petang di Pusat Internet. Biasanya beliau menonton You Tube. Disebabkan beliau selalu datang ke PI, petugas PI Tebedu menjemput beliau mengikuti Kelas Intel Easy Step. Beliau kini menjadi sukarelawan PI Tebedu. Setiap kali program mahupun aktiviti beliau sanggup datang untuk membantu.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mahir menggunakan ICT, adik Ricky Cuma mengetahui cara-cara menggunakan internet secara asas sahaja. Malah agak pendiam pada pertama kali mengunjungi Pusat Internet Tebedu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas Intel Easy Step, kini adik Ricky bergiat aktif di PI Tebedu. Daripada asas menggunakan internet beliau dapat mempelajari pelbagai ilmu baru di PI Tebedu. Beliau menghadiri kelas, aktiviti mahupun program di Pusat Internet Tebedu. Malah adik Ricky dipilih sebagai pembanci untuk turut membantu di dalam Kajian Tahap Ketersediaan Tahap Digital Di Sarawak oleh Sarawak Development Institute.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari kelas Intel Easy Step

-       Mengikuti Kelas Asas E-Rezeki

-       Mempelajari pelbagai ilmu komputer baru melalui You Tube

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu memberikan platform pembelajaran

-       Memberi kelas tambahan