USAHAWANITA MANIK TRADISI SARAWAK

NAMA : PUAN YULIANAN FRONIKA ABDULLAH

UMUR: 30 TAHUN

AHLI: 6.8.2018

PEKERJAAN : MENJUAL MANIK BUATAN SENDIRI

PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH

  

Latar belakang

               Puan Yuliana merupakan seorang ibu tunggal yang bergiat aktif di dalam seni penghasilan kraftangan manik. Beliau merupakan petani sepenuh masa dan pada sebelah malam atau hujung minggu beliau akan menyiapkan kraftangan manik. Penghasilan kraftangan manik ini merupakan hobi beliau di masa lapang suatu ketika dahulu. Kini, kraftangan manik ini dapat menyumbang pendapatan sampingan kepada beliau sekeluarga. Pelbagai jenis corak yang dihasilkan termasuk corak burung enggang, corak ukiran Borneo, perhiasaan manik pada pakaian tradisonal perempuan Iban, perhiasan manik di kepala perempuan Kenyah dan lain-lain lagi. Pelanggan beliau terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada untuk perhiasaan persendirian mahu pun untuk majlis rasmi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau merupakan petani sepenuh masa. Pendapatan beliau pada masa itu hanya dari hasil pertanian. Pendapatan beliau hanya sekitar RM 200 – RM 300 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengaan aktiviti di PI Tebedu, produk Puan Yuliana kini dikenali ramai. Kini pendapatan beliau meningkat ke RM 500- RM 700 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan