USAHAWANITA TERNAKAN
NAMA : PUAN NURUL ASYIKIN ANASIA @ LUCIA BT ABDULLAH UMUR : 44 TAHUN AHLI : 7.01.2019 PEKERJAAN : TERNAKAN ITIK & IKAN KOLAM PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH |
Latar belakang
Puan Nurul Asyikin Anasia merupakan seorang ibu tunggal dan balu Pegawai polis yang bergiat aktif di dalam menghasilkan makanan berasaskan ikan segar dan udang kecil (udang geragau) segar untuk dijadikan perkasam,ikan masin, cincaluk dan belacan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau merupakan penjual belacan, cincaluk dan perkasam kecil-kecilan yang hanya menjual dari rumah ke rumah sahaja. Pendapatan beliau pada masa itu hanyalah dalam skop yang kecil sahaja . Pendapatan beliau hanya sekitar RM 150 – RM 200 sebulan..
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengaan aktiviti di PI Tebedu, produk Puan Nurul Asyikin Anansia kini dikenali ramai terutama mendapat tempahan dari penduduk sekitar Daerah Tebedu. Kini pendapatan beliau meningkat ke RM 350- RM 450 sebulan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari teknik-teknik memproses makanan dari hasil kolam dan laut melalui Youtube
- Mencari Agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapat bantuan dana serta latihan seperti Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (www.moa.gov.my) dan Fama Sarawak (www.fama.gov.my/web/pub/sarawak)
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi Latihan asas ICT dan Microsoft Office
- Mendedahkan Kursus Asas Keusahawanan