USAHAWANITA BAKERI

NAMA : JESSICA ACHAI

UMUR : 24 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : MEMBUAT DAN MENJUAL PRODUK BAKERI     

PENDIDIKAN : STPM    

Latar belakang

Cik Jessica merupakan seorang pekerja swasta di kawasan Tebedu ini. Selain dari itu, Jessica juga merupakan seorang usahawan muda dalam penghasilan roti. Antara jenis roti yang dihasilkan ialah roti bun.

Pada tahun 2016, Jessica mengikuti kelas Intel Easy Step dan Intel Entrepreneurship di Pusat Internet Tebedu. Malah, beliau rajin mengikuti kelas-kelas atau program keusahawanan yang dianjurkan di PI Tebedu.

Bermula dari tahun 2018, Cik Jessica mula menceburi bidang perniagaan untuk penghasilan roti bun sehingga kini. Roti bun yang dihasilkan adalah segar dari rumah. Kesegaran roti bun Cik Jessica itu lah yang menarik perhatian ramai orang. Kini, roti bun Cik Jessica bukan sahaja dikenali di kawasan kampung, malah dari seluruh tempat Daerah Tebedu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas serta program keusahawanan yang dihadiri di Pusat Internet Tebedu, kini Cik Jessica mempunyai pengetahuan untuk mempromosikan jualan melalui online, mencipta poster jualan yang menarik dan pelbagai lagi. Anggaran pendapatan beliau sekarang adalah RM 300 – RM 600.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan