USAHAWANITA LADANG AGRO, MINI ZOO & ALAM SEMULAJADI

NAMA : FUNG WEI CHENG

UMUR : 50 TAHUN

AHLI :2019

PEKERJAAN :

PENDIDIKAN : IJAZAH PERTADBIRAN PERNIAGAAN   

Latar belakang

 

Puan Fung merupakan seorang ahli perniagaan yang bergiat aktif di dalam dunia perniagaan. Perniagaan beliau bukan hanya tertumpu pada satu jenis perniagaan tetapi pelbagai. Ini kerana beliau sentiasa mencari serta melihat peluang perniagaan yang berpotensi di daerah Tebedu.

 

Walaupun berada di ambang kejayaan, tetapi beliau ingin mempelajari ilmu ICT dan juga Multimedia untuk memudahkan lagi proses promosi. Beliau berhasrat ingin menukar cara lama perniagaan kepada yang lebih mudah dan canggih dimana melibatkan penggunaan media sosial dan internet. Beliau ingin membuktikan bahawa para pekerja termasuk beliau sendiri mampu menggunakan kemudahan komputer dan internet yang sedia ada untuk masa depan perniagaan beliau dan juga sebagai ilmu di dalam diri masing-masing.

 

Oleh itu, beliau dan beberapa staf beliau mengikuti kelas asas ICT dan Multimedia di Pusat Internet Tebedu untuk mempelajari ilmu ICT dan Multimedia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

 Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, bahagian pengurusan terutama pekerja-pekerja beliau masih menggunakan cara pengurusan yang lama. Malah, kebanyakkannya tidak mahir dalam ICT dan hanya menggunakan internet untuk tujuan bersosial sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus, kebanyakkan pekerja beliau kini pandai menggunakan kemudahan internet untuk tujuan perniagaan sama ada untuk perniagaan beliau mahaupun para pekerja beliau sendiri yang ada perniagaan sampingan. Malah, mereka juga mengetahui pelbagai jenis perisian mahupun aplikasi untuk mencipta poster serta video yang lebih menarik.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, mecipta poster dan slaid pembentangan

-       Mempelajari membuat poster menggunakan aplikasi Canva dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Photo Pad.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       PI membantu mempromosikan perniagaan melalui video YouTube.

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.