KELAS ASAS ICT DAN ASAS KEUSAHAWANAN

NAMA : MARCUS ANAK ANAK WILSON

UMUR : 17 TAHUN

AHLI : 2012

PEKERJAAN : LEPASAN SPM

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH          


Latar belakang

Adik Marcus merupakan pengguna setia di PI Tebedu dari sejak mula beliau berada di Tingkatan 3. Adik Marcus cuba memanfaati kemudahan internet yang berada berdekatan dengan beliau. Beliau merupakan pelajar asrama di sebuah sekolah menengah dan pada setiap hujung minggu beliau akan mengunjungi Pusat Internet untuk tujuan menyiapkan kerja kursus sekolah beliau. Walaupun selalu mengunjungi pusat internet, kemahiran menggunakan komputer beliau masih lemah. Ini kerana, beliau sering meminta petugas memperkemaskan hasil kerja beliau menggunakan komputer. Beliau ingin mengikuti kelas komputer di PI Tebedu tetapi memandangkan beliau merupakan pelajar asrama maka agak sedikit sukar untuk beliau mengikuti kelas seperti rakan sekolah harian beliau yang lain.

Sebaik sahaja beliau menamatkan ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menyatakan hasrat ingin mengikuti kelas asas ICT & Keusahawanan di PI Tebedu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, adik Marcus memerlukan banyak bantuan daripada petugas terutamannya membantu beliau mengedit serta mengemaskan lagi kerja kursus beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan mampu menyiapkan tugasan tanpa pertolongan daripada petugas.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari asas menggunakan internet.

-       Mempelajari asas Microsoft Word.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Petugas PI memberi bimbingan sepanjang sesi pembelajaran

-       PI memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari asas menggunakan komputer.

-       Memberi pendedahan asas keusahawanan dalam bidang perniagaan di masa depan.