KURSUS ASAS ICT DAN E-USAHAWANAN

NAMA : ENCIK MARTIN BIN MAHIDIN

UMUR : 61 TAHUN

AHLI : 29.5.2012 

PEKERJAAN : PENIAGA MAKANAN DAN KUIH-MUIH

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

Latar belakang

Beliau mempunyai 6 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Sejak tahun 2003 lagi beliau telah menceburi bidang katering dan pembuatan kuih-muih basah. Sehingga kini beliau masih meneruskan perniagaan ini yang merupakan punca pendapatan utama untuk menyara keluarga beliau.

Beliau amat menggalakkan anak-anak beliau untuk menjadi ahli di Pusat Internet Tebedu supaya mereka boleh belajar asas ICT. Ini akan memudahkan anak-anak beliau belajar menggunakan peralatan ICT bagi menyiapkan tugasan sekolah mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini tidak pernah menggunakan komputer dan hanya bergantung kepada anak-anak beliau apabila diperlukan menaip surat-surat rasmi.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 – RM 800 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah melibatkan diri dalam dunia keusahawanan dan menghadirkan Bengkel Asas Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu, beliau kini semakin mesra dengan penggunaan teknologi ICT bagi mempromosikan produk hasil masakan beliau di media sosial.

Setelah itu, anggaran pendapatan beliau meningkat dari semasa ke semasa dalam lingkungan RM1,200 – RM 1,500 1 bulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan produk

-       Memberi kelas tambahan asas ICT

-       Menyediakan bengkel-bengkel keusahawanan