KURSUS ASAS ICT DAN E-USAHAWAN

NAMA : NORLELA BINTI ROSLAN 

UMUR : 44 TAHUN

AHLI : 23.11.2013

PEKERJAAN : PENIAGA KUIH-MUIH TRADISIONAL

PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH 

Latar belakang

Beliau adalah seorang suri rumah sebelum ini, namun minat beliau dalam membuat kuih-muih basah setelah membantu kakak ipar beliau. Setelah mempunyai modal sendiri, beliau berjinak-jinak menjual kuih-muih di sekitar Kampung Darul Iman sahaja. Apabila suami beliau, Encik Harun Bin Musa mempunyai kenderaan sendiri lalu mengajak suaminya menjual kuih-muih di luar kawasan kampung beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Siti Norlela hanya mempelajari membuat kuih-muih daripada buku resepi dan keratan majalah wanita sahaja. Beliau hanya membuat 2 hingga 3 jenis sahaja kuih-muih basah memandangkan resepi kuih-muih yang beliau mahir hanyalah sedikit. Oleh itu,

pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 50 – RM100 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa program anjuran Pusat Internet Tebedu, kini beliau boleh mencari sendiri resepi-resepi kuih-muih tempatan yang berbagai jenis. Malahan suami beliau turut sama membantu beliau untuk melayari Youtube Cara-cara Membuat Kuih-Muih Trandisional. Hasinyal pendapatan beliau meningkat secara beransur-ansur dengan memnghasilkan berbagai jenis kuih-muih tempatan.Anggaran pendapatan beliau sekarang adalah RM 300 – RM 600 1 bulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

        -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

  -       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

       -       PI membantu mempromosikan produk

 -       Memberi kelas tambahan

       - Mengikut bengkel –bengkel keusahawanan secara pratikal.