Usahawan Agro Pertanian

NAMA: JEFFWINCOT ANAK JACKIE

UMUR: 18 TAHUN

AHLI: 16.06.2011

PENDIDIKAN: LEPASAN SPM

SEKOLAH: SMK TEBEDU

 

 

Latar Belakang

Adik Jeffwincott adalah seorang lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebedu yang berasal daripada keluarga petani. Selepas

tamat tingkatan 5, beliau bersama dengan ibunya mengusahakan kebun sayur-sayuran untuk sendiri dan dijual kepada masyarakat umum.

Beliau memang meminati alam pertanian sejak dari kecil lagi dimana selalu mengikut ibunya ke kebun pisang dan huma padi milik keluarga

beliau di Kampung Temong Bengan ini. Beliau seorang yang rajin serta tidak mahu membuang masa begitu sahaja sementara menunggu

keputusan peperiksaan SPM.

Selain itu, beliau amat meminat bidang muzik semasa di peringkat sekolah menengah (SMK Tebedu). Beliau aktif dalam Kelab Muzik SMK

Tebedu dimana sering dijemput oleh pihak sekolah untuk mengadakan persembahan muzik di dewan sekolah dan peringkat kampung beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Adik Jeffwincott tidak mahir menggunakan komputer dan banyak bergantung dengan bahan-bahan bacaan di perpustakaan sekolah sahaja.

Selepas tamat tingkatan 5 di SMK Tebedu, adik Jeffwincott bersama dengan ibunya menguasahakan penanaman sayur-sayuran. Pendapatan

bulanan beliau hanya sekitar RM50.00 – RM80.00 sahaja sebulan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pendapatan bulanan jualan sayur-sayuran beliau meningkat dari RM 100.00 sehingga RM 200.00 bergantung kepada musim tuaian sayur.

Beliau turut juga mempromosikan jualan sayuran melalui applikasi whatssap.

 

Apa yang Dipelajari melalui PI

-   Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan FaceBook .

-   Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

-   Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 

Bagaimana PI Membantu Perkembangan Perniagaan/ Peningkatan Tahap Kemahiran ICT

      - PI membantu mempromosikan produk sayuran.

      - Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

3-2020  4-2020