Usahawanita Gerai Makanan & Minuman

NAMA: MARY ANAK ASUN

UMUR: 54 TAHUN

AHLI: 2019

PEKERJAAN: MENGURUS GERAI MAKANAN & MINUMAN

  

 3-2020

Latar belakang

Puan Mary adalah merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan gerai makanan dan minuman dengan dibantu oleh suami beliau, Encik Din Hamdan. Minat yang mendalam di bidang masakan mendorong beliau untuk mengusahakan gerai makanan dan minuman tersebut di Pasar Lama Tebedu. Gerai tersebut di sewa dari pihak Majlis Daerah Serian.

Beliau telah menjalankan perniagaan di gerai tersebut lebih 15 tahun sejak dari zaman muda beliau lagi. Ini lah satu-satunya pendapatan untuk menyara hidup beliau selama ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau tidak tahu menggunakan komputer untuk mencarii maklumat am berkenaan dengan bantuan perniagaan dan menu-menu baru untuk gerai beliau. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 sehingga RM 150 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kursus perniagaan yang dianjurkan bersama Pusat Internet Tebedu dan Islam Relief Malaysia, beliau mempelajari asas ICT dan kursus usahawaniaga. Kini beliau mulai mengetahui cara-cara untuk menaip menggunakan Mircosoft Office untuk memajukan perniagaan beliau.

Dengan kemahiran yang beliau perolehi dari Pusat Internet ini, beliau telah membuat menu-menu baru di gerai beliau. Malah kini beliau boleh membuat kertas kerja perniagaan beliau sendiri untuk memohon bantuan dana peralatan untuk gerai beliau sendiri. Kini pendapatan beliau meningkat kepada RM 300 – RM 500 sebulan.
 
 

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Kursus Keusahawanan.

-       Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, mecipta poster dan slaid pembentangan

-       Mempelajari membuat poster menggunakan aplikasi Canva dan mengedit gambar menggunakan aplikasi Photo Pad.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu mempromosikan perniagaan melalui video YouTube.

-       Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

 

2-2020   

                                                                                                                                          4-2020