NAMA : PUTRI QURRATU AINI BINTI MOHAMED

UMUR : 12 TAHUN

AHLI : 16 JANUARI 2012

PEKERJAAN : MURID TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBEDU  

Latar belakang

Adik Putri Qurratu Aini adalah pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tebedu yang bakal akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini. Beliau berhasrat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu nanti. Oleh itu, beliau mengikuti kelas-kelas tuisyen mingguan.

Ibunya seorang pengusaha dan penjual makanan siap bermasak serta kuih-muih di perbatasan Tebedu-Entikong. Bila hujung minggu, beliau akan membantu ibunya menjual makanan dan kuih-muih di gerai. Manakala bapanya adalah seorang pesara yang lumpuh kakinya disebabkan penyakit angina ahmar.

Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya bila dewasa kelak. Ini akan membantu kedua ibubapanya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tahap pembelajaran Adik Putri Qurratu Aini terbatas dimana beliau hanya belajar berpandukan hanya buku teks dan cikgu di sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bila beliau mendaftar mengikuti kelas bimbingan UPSR pada tahun ini, semangat dan minat untuk belajar agar berjaya dalam ujian bertambah. Dimana beliau mudah untuk mendapat latihan contoh-contoh ujian tahun lepas serta nota tambah melalui online.

Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu

Beliau mahir menggunakan web e-pembelajaran dan cikgu.net untuk membuat ulangkaji serta latihan tambahan dari laman web berkenaan dengan matapelajaran tahun 6 di atas talian.

Apa yang dipelajari melalui PI

 -       Mempelajari teknik pembelajaran secara online.

-       Mempelajari bagaimana mencari soalan-soalan online UPSR untuk latihan.

-       Mempelajari asas menggunakan internet.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Memberi kelas bimbingan bagi membantu dan meningkatkan lagi taraf pendidikan beliau.