NAMA : NUR ZAHARA BINTI ZAMBRI UMUR : 7 TAHUN AHLI : 26.8.2017 PEKERJAAN : MURID TAHUN SATU SEKOLAH KEBANGSAAN TEBEDU |
Latar belakang
Adik Nur Zahara adalah anak sulung pasangan Zambri Ale dan Nurul Shamira Abdullah merupakan pelajar Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Tebedu. Berasal dari keluarga yang berpendidikan menengah mendorong ibubapanya menghantar adik Nur Zahara mengikut kelas komputer pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) serta cuti persekolahan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Nur Zahara tidak pandai menggunakan komputer seperti kekok memegang tetikus dan papan kekunci komputer. Malahan adik Nur Zahara tidak tahu apa itu internet sebelum ini dan tidak tahu bagaimana cara untuk melayari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah adik Nur Zahara mendaftar mengikut kelas asas IC untuk kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah, barulah dia faham apa itu komputer dan kegunaannya.
Dia rajin mengikut kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu. Apabila adanya program-program untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah, adik Nur Zahara akan turut menjadi peserta seperti Hari Bersama Komuniti, Hari sihat Komuniti, Dashboard Komuniti dan lain-lain.
Selepas mengikuti kursus yang dianjurkan di PI Tebedu,
Sekarang adik Nur Zahara boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas apabila dia hendak mewarna, melukis, menaip dan melayari internet. Kini dia mengetahui faedah menggunakan computer dan menggunakan talian internet untuk menyaksikan applikasi Youtube.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Belajar menggunakan komputer dan peralatannya.
- Belajar melukis secara atas talian/online
- Belajar mewarna gambar atas talian
- Belajar mengenal talian internet.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Adik Nur Zahara boleh menggunakan komputer tanpa teragak-agak untuk memegang tetikus dan papan kekunci.
- Dia boleh menaip, melukis dan mewarna atas talian setelah di ajar oleh petugas.
- Kini dia boleh melayari internet apabila mencari applikasi youtube lagu-lagu kanak-kanak Bahasa English dan cerita kartun kesukaannya.