Nurfatihah 1

 

NAMA : PUAN NURFATIHAH BINTI ZAKARIA 

UMUR : 47 TAHUN

AHLI : 25.12.2016

PEKERJAAN : SURI RUMAH DAN PETANI 

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang suri rumah yang berminat dalam bidang pertanian secara kecil-kecilan di rumahnya untuk mengisi masa lapang. Suami beliau adalah pesara tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah rendah. Beliau mempunyai 4 orang anak lelaki yang masih belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah sahaja tidak pernah mengenal apa itu teknologi ICT atau komputer. Beliau takut untuk belajar computer memandangkan beliau tidak pernah belajar asas ICT di mana-mana tempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas keperluan semasa, beliau berjinak-jinak mengenal asas ICT apabila beliau menyertai persatuan wanita yang memerlukan kemahiran ICT untuk berhubung sesama sendiri dalam jarak jauh. Justeru itu, beliau telah mendaftar ke Pusat Internet Tebedu untuk belajar asas mengenai komputer dan internet.

Apa yang dipelajari melalui PI

      -       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatssap dan Face Book .

-       Mempelajari Microsoft  Office untuk menaip, merekod dan membuat pembentangan.

-       Mempelajari cara mengambil order melalui applikasi Wahatssap dan Face Book beliau sendiri.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

      -       PI membantu mempromosikan produk sayuran dan cili.

-    Memberi kelas tambahan serta menawarkan kursus untuk membantu meningkatkan bakat beliau.

 

Nurfatihah 2  Nurfatihah 3