Kisah Kejayaan Celik ICT  Suku Pertama Tahun 2019

 

Latar Belakang Calon :  Adik Angline Thang Hui Wen, Umur:  19 tahun, Asal : Kampung Pangkalan Amo, Tebedu, Bangsa: Bidayuh

       Adik Angeline merupakan pelajar lepasan SPM 2016 di SMK Tebedu. Beliau sangat aktif menyertai aktiviti di PI Tebedu begitu juga diluar. Kini beliau menjadi skuad contoh di PI Tebedu. Adik Angeline merupakan anak sulung di dalam keluarga beliau. Beliau merupakan pelajar lepasan SPM. Walaupun beliau tidak menyambung pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi tetapi beliau gigih berusaha. Beliau sangat aktif mengikuti aktiviti di PI Tebedu. Beliau pernah mengikuti Kelas Asas ICT & Multimedia, Program E-Rezeki dan menjadi sukarelawan PI ketika program Hari Bersama dan juga Program Jom Sihat. Kini beliau mendapat satu tawaran temu duga kerajaan dan adik Angeline masih menggunakan PI sebagai sumber rujukan beliau.
 
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Adik Angeline tinggal di rumah menjaga adiknya yang masih bersekolah rendah. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI, adik Angeline semakin aktif bergaul dan rajin mengikuti aktiviti di PI Tebedu. Kini, adik Angeline mahir menggunakan ICT. Malah beliau mampu membuat resume beliau sendiri untuk panggilan temu duga beliau.

Apakah yang Dipelajari Melalui PI

- Mengikuti kelas Asas ICT & Multimedia di PI Tebedu

- Mengikuti Program E-Rezeki di PI Tebedu

- Mengikuti pelbagai program di PI dan menjadi sukarelawan

 Bagaimanakah PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

- PI memberi kelas percuma

- Menambah ilmu pengetahuan ICT