MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT DAERAH TEBEDU

  

Makanan tradisi masyarakat bidayuh banyak menggunakan sumber semulajadi dari hutan di sekitar daerah ini. Antaranya jenis-jenis makanan tersebut ialah manok/ayam pansuh masak buluh, nasi ayam masak buluh, ikan sungai/daging kampung badang/salai, tekoyong sungai/kolam hutan masak tempoyak, nasi tungkus/bungkus daun, daun bandung/ubi campur bunga tepus masak buluh, sayur genjeh masak rebus, sayur paku-pakis masak tempoyak, pekasam ikan sungai, pekasam sawi dayak, pekasam daging hutan dan sebagainya.

 

 

 Manakala kuih-muih tradisi masyarakat bidayuh yang terkenal antaranya kuih chap, kuih setotok/jala, kuih bentuk/raga, kuih tekoyong, ketupat  beras pulut daun, ketupat beras pulut  daun buluh dan sebagainya