NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN MERANGKA RANCANGAN PERNIAGAAN USAHAWAN TARIKH : 20 FEBRUARI 2020,KHAMIS MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG PESERTA : 8 ORANG |
Aktiviti:
Taklimat Klik Dengan Bijak mengenai Penipuan Online ataupun Scammer didedahkan kepada para usahawan agar mereka berhati-hati bila menerima mesej di telefon bimbit mereka di masa akan datang. Kemudian petugas memberi tunjuk-ajar bagaimana untuk menyediakan dan merangka rancangan perniagaan yang mereka telah ceburi selama ini. Dengan bantuan petugas, mereka akan mengadaptasikan rancangan perniagaan mereka di komputer masing-masing. Petugas akan membantu membimbing mereka supaya mahir menggunakan peralatan komputer bagi memudahkan mereka menyimpan rekod perniagaan mereka selepas ini.
Tujuan:
Memberi kesedaran kepada pemikiran para usahawan supaya jangan memandang rendah gejala Scammer yang kini berleluasan di media sosial dan telefon pintar.Dimana gejala Scammer ini boleh mengakibatkan kehilangan kewangan dalam akaun bank dan disalahguna oleh pihak yang berniat negatif. Selain itu, melatih para usahawan untuk membiasakan diri mereka dengan teknologi ICT bagi kegunaan merekod prestasi pendapatan dan perbelanjaan perniagaan semasa mereka.