NAMA PROGRAM: KLIK DENGAN BIJAK DAN KELAS BIMBINGAN PT3 SEKOLAH MENENGAH TARIKH: 23 FEBRUARI 2020 MASA : 10.30AM - 12.30PM PESERTA: 2 ORANG (PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 2) |
Aktiviti:
Taklimat sesi Klik Dengan Bijak berkenaan dengan "penyalahgunaan media sosial" dimana pelajar-pelajar diberi peringatan supaya jangan leka dengan pengaruh applikasi instagram dan whatssap. Ini akan menyebabkan para pelajar malas untuk membuat ulang-kaji pelajaran dan seronok melayan applikasi media sosial tersebut. Dalam sesi ini, petugas akan membantu memberi tunjuk-ajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah dan padat isinya.
Tujuan:
Memberi panduan kepada para pelajar agar berhati-hati bila melayari media sosial, mesti ada batasnya untuk mengawal diri. Pelajaran adalah penting bagi golongan muda ini untuk mencapai kejayaan dalam hidup di masa depan mereka. Jika tiada kawalan diri maka para pelajar akan menyimpang ke tindak-laku yang negatif apabila tidak di bendung dari peringkat muda lagi.