NAMA PROGRAM: KELAS TUISYEN UPSR TAHUN 6

TARIKH: 1 MAC 2020

MASA: 2.00PM-4.30PM

PESERTA: 2 ORANG (PELAJAR TAHUN 6-SK TEBEDU & SK TEMONG)

Aktiviti:

Petugas memberi bimbingan kepada pelajar untuk memahami bagaimana kaedah menjawab soalan UPSR dengan mudah dan betul. Selain itu, petugas juga mengajar teknik-teknik belajar sendiri di rumah dengan megikut jadual belajar sendiri dan selalu membuat latih-tubi bagi setiap pelajaran itu. Pelajar-pelajar akan diberikan latihan-latihan berpandukan soalan-soalan UPSR yang lepas yang di ambil daripada soalan online untuk dibincang bersama pelajar-pelajar ketika sesi tuisyen pada petang itu.

 

Tujuan:

Membantu para pelajar agar membuat persediaan awal bagaimana untuk menjawab soalan peperiksaan dalam UPSR nanti dengan berpandukan teknik-teknik belajar yang sistematik. Sesi tuisyen ini amat berguna dan penting untuk para pelajar UPSR agar mereka sentiasa siap-sedia untuk menghadapi ujian yang sebenar nanti. Para pelajar luar bandar di Daerah Tebedu ini mudah untuk mencari kelas tuisyen di Pusat Internet yang tidak jauh dari rumah mereka, disamping dapat merujuk kepada soalan-soalan lepas UPSR untuk latih-tubi kepada pelajar itu sendiri.

Gambar disini