Tarikh : 15 September 2020 

Hari/Masa : Selasa / 2.30petang -4.30petang

Peserta : 3 orang (Lepasan SPM & Tingkatan 3) 

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan mempelajari asas komputer untuk kegunaan di masa depan mereka bila mereka telah menamatkan pengajian nanti. Selain itu, kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang digital semasa. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan sijil asas apabila mereka tamat kelak dan menggunakan kemahiran ini dalam bidang pekerjaan yang mereka pohon selepas tamat belajar.

 

Aktiviti :

Para peserta diberi taklimat dengan menggunakan modul "easy step intel" dalam buku bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh mereka. Petugas akan menerangkan satu-persatu peralatan perkakasan dan perisian yang ada dalam set komputer di dalam bilik latihan yang telah disediakan oleh pihak SKMM (MCMC). Mereka juga berpeluang untuk bertanya kepada petugas sekiranya kurang faham dengan modul yang disampaikan.

Gambar disini