Program ini adalah kerjasama pihak Pejabat Agama Islam Bahagian Serian Bersama Pusat Internet Komuniti Tebedu

Tarikh : 12hb-13hb Oktober 2020 

Hari/Masa : Isnin-Selasa , 9.00 pagi - 4.30 petang

Peserta : 9 orang (Jemputan dari Pusat Internet Komuniti Tebedu kepada Usahawan tempatan)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

              Bengkel ini dirangka untuk memberi pengetahuan dan pemahaman terhadap keperluan Piawaian Halal Malaysia dan panduan pratikal pengisian pensijilan atas talian MY E-Halal. Dengan ini, peserta dapat memahami keperluan Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM). Peserta dapat berpeluang belajar mengisi My E-Halal dengan cara yang betul. Selain itu, peserta perlu bersedia untuk dipersijilkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Objektif utama bengkel adalah seperti berikut;

1. Memberi pendedahan kepentingan pensijilan halal.

2. Membimbing cara pengisian My E-Halal.

3. Membinbing pencarian sumber berstatus halal bagi bahan ramuan atau mentah.

 

Aktiviti :

         Antara pengisian bengkel ini adalah di bawah;

i) Taklimat dan perbincangan

ii) Tayangan Video Pensijilan Halal Malaysia

iii) Aktiviti atas talian

iv) Sesi soal-jawab

 

Gambar Disini