Kelas Dewasa Memperkenalkan Microsoft Office
Tarikh : 21 Oktober 2020 Hari/Masa : Rabu / 9.30 pagi - 1.00 tengah hari Peserta : 1 orang (dewasa) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan :
Memberi bimbingan kepada komuniti yang berminat untuk meningkat kemahiran diri dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi secara global. Selain menambah kemahiran dalam arena ICT, kemahiran ini juga boleh membantu komuniti untuk mencari peluang-peluang pekerjaan atau menjana pendapatan sampingan untuk individu dan keluarga mereka.
Aktiviti:
Komuniti akan diajar berpandukan buku modul yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Komuniti secara berperingkat sehingga komuniti mahir menggunakan applikasi yang dipratikalkan dalam kegunaan harian mereka nanti. Kemahiran ini nanti akan membantu komuniti untuk menunjukkan pengetahuan berkenaan dengan asas ICT apabila diperlukan dalam perkerjaan atau dalam urusan rasmi mereka.