Memperkenalkan Asas Keusahawanan
Tarikh : 2 November 2020 Hari/Masa : Isnin / 9.30 pagi - 12.30 tengah hari Peserta : 1 orang Tempat : Ruangan Pusat Internet Komuniti |
Tujuan:
Membimbing komuniti yang berminat untuk mempelajari asas keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran perniagaan mereka semasa tempoh pandemik covid 19 dan berpeluang mencari pendapatan sampingan untuk diri dan keluarga. Dimana dalam kelas ini, komuniti diterapkan dan diajar bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri yang lebih sistematik dalam pengurusan perancangan dan kewangan perniagaan yang bakal mereka ceburi pada masa depan atau menambah-baikkan lagi proses perniagaan yang sedang mereka usahakan.
Aktiviti:
Peserta diberikan penerangan secara teori perniagaan yang mudah agar senang untuk difahami oleh mereka. Selepas itu, peserta di latih untuk merangka pelan perniagaan mereka dengan menggunakan kemahiran applikasi Mircosoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) yang telah dipelajari sebelum ini. Peserta akan merangka secara mudah dengan menggunakan peta minda dan carta perniagaan yang bakal mereka usahakan nanti.