Nama Aktiviti : Sesi daftar Sarawak ID dan e-tani Jabatan Pertanian Sarawak untuk komuniti setempat Daerah Tebedu.

Tarikh : 1 - 6 Ogos 2024

Masa : 9.30 pagi dan 2.00 petang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI

Kehadiran: 80 orang (Dewasa Lelaki dan Wanita) 

Tujuan:

i.Mengisi data petani secara atas talian oleh komuniti untuk rekod Jabatan Pertanian Negeri.

ii.Memudahkan pihak Jabatan Pertanian untuk mengumpul data golongan komuniti yang menjalankan aktiviti pertanian.

iii.Menyediakan platform untuk para petani memohon bantuan pertanian secara terus tanpa perlu mengisi borang secara manual.

iv.Menjadikan sektor pertanian bergerak maju ke hadapan dengan menggunakan teknologi tinggi bagi meningkatkan hasil pertanian komuniti.

 

Aktiviti:

a. Syarat utama sebelum mendaftar dalam sistem e-tani, komuniti mesti membuat akaun Sarawak Id mereka terlebih dahulu.

b. Apabila Sarawak Id komuniti telah wujud, barulah boleh mendaftar dalam sistem e-tani.

c. Petugas NADI akan memberi Sarawak ID dan Id e-tani kepada komuniti untuk rujukan serta simpanan mereka.

d. Komuniti hanya boleh mendaftar Sarawak Id sekali sahaja seumur hidup.

 

Gambar disini