Nama Aktiviti : Promosi Program NADI MAHIR kepada komuniti Daerah Tebedu Tarikh : 10 Oktober 2024 Masa : 10 pagi Tempat : Ruangan Pengguna NADI Kehadiran : 6 orang |
Tujuan :
i. Membantu meningkatkan taraf ekonomi dikalangan komuniti yang berminat di luar bandar.
ii. Memberikan peluang pekerjaan kepada golongan yang berpendapatan rendah di tempat adanya NADI.
iii. Mempelajari kemahiran baru daripada tenaga pengajar yang dilantik khas untuk komuniti yang berminat menceburi bidang keusahawanan.
iv. Menjadikan NADI sebagai pusat kemahiran hidup untuk komuniti mendapatkan pembelajaran asas perniagaan.
Aktiviti :
a. Komuniti diberikan taklimat berkenaan dengan program tersebut menerusi siaran langsung dalam talian oleh tenaga pengajar yang bertauliah.
b. Komuniti yang berminat mengisi borang pendaftaran dalam talian yang dikongsikan oleh petugas NADI.
c. Sesi pratikal kursus akan berpandukan pembelajaran dalam talian di NADI pada tarikh yang ditetapkan kemudian oleh pihak NADI.