PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK & BICARA KEUSAHAWANAN ONLINE TARIKH : 9 DISEMBER 2019 MASA : 2.00 PETANG - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET TEBEDU PESERTA : 8 ORANG |
Aktiviti:
Mendedahkan kesedaran positif dikalangan komuniti berkenaan teknologi ICT. Mempromosikan teknologi ICT boleh membantu golongan usahawan tempatan.
Tujuan :
Meningkatkan pengetahuan dalam ICT di kalangan komuniti dan membantu untuk mengembangkan perniagaan semasa mereka dengan menggunakan teknologi internet.
TARIKH : 1 DISEMBER 2019 MASA :2.00 PETANG - 4.00 PETANG LOKASI : PI TEBEDU PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan:
Memberi pengetahuan asas usahawan muda supaya menceburi bidang perniagaan terutamanya secara online. Menggalakkan golongan muda iaitu lepasan sekolah
untuk meminati serta berjinak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan di peringkat awal.
Aktiviti:
Merangka serta membuat lakaran perancangan perniagaan sendiri berpandukan module Asas Keusahawanan Intel.
Klik Dengan Bijak Dan E-Waste Bulan November 2019
Tarikh : 3 November 2019 Hari : Ahad Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari Peserta : 10 orang Tempat : Pusat Internet Tebedu |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada komuniti supaya berhati-hati melayari talian internet supaya tidak mudah tertipu oleh penyamun-penyamun siber. Mendedahkan bahaya apablia kita membuang sukahati peralatan ICT yang rosak terutamanya telefon bimbit. Ini boleh membahayakan kesihatan manusia dan mencemarkan bumi kita.
Aktiviti
Taklimat diberikan kepada komuniti yang hadir disamping mereka turut ditayangkan video berkenaan Apa itu Klik Dengan Bijak dan Kempen E--Waste barangan ICT. Selain itu, sesi soal-jawab juga turut diadakan supaya komuniti faham tujuan program ini dilaksanakan.
Tarikh : 7 November 2019 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Tempat : Pusat Internet Tebedu Peserta : 7 orang (Belia & Dewasa) |
Tujuan:
Memberi kesedaran kepada komuniti agar lebih berhati-hati bila melayari internet. Jangan mudah terpengaruh dengan pujuk-rayu cinta siber dimana ianya menyebabkan hidup individu
dalam kemurungan serta terseksa jiwa zahir-batin.
Aktiviti:
Komuniti diberi penerangan berkenaan dengan kempen "Klik Dengan Bijak" supaya mengetahui kepentingan internet dan kawalan agar tidak berlaku salahgunaan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab.
Tarikh : 22 Oktober 2019 Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Tebedu Peserta : 5 orang |
Tujuan
Memberi kesedaran kepada peserta agar jangan menyalahgunakan talian internet dan berhati-hati bila melayari laman sosial semasa. Selain itu
menyemai rasa tanggungjawab dan amanah bila peserta berkongsi maklumat di dalam laman sosial.
Aktiviti
Tayangan video "Klik Dengan Bijak", "Jangan Mudah Tertipu" kepada peserta program dan asas minda peserta dengan
mengadakan permainan "Word Puzzle ICT" dimana peserta mencari perkataan yang berkaitan dengan ICT.