Bengkel Mempelajari Asas Memcipta Penyata Aliran Tunai Perniagaan:-

Tarikh : 9hb - 10hb November 2020

Hari/Masa : Isnin - Selasa, 2.30 petang - 4.30 petang  

Peserta : 4 orang (sekolah menengah)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Melatih para peserta menggunakan perisiaan excel untuk membuat Penyata Aliran Tunai perniagaan yang mereka telah rancang mengikut idea mereka sendiri. Ini memberi mereka kemahiran untuk membuat pengiraan secara automatik dengan menggunakan formula yang telah disusun-atur dalam Mircosoft Office Excel.

 

 

Aktiviti:

Menyiapkan latihan pengiraan akaun perniagaan yang bakal mereka usahakan nanti dimana mengira dana yang digunakan untuk membeli bahan-bahan produk mereka iaitu akaun keluar-masuk tunai yang mudah dan sistematik. Selain itu, mereka belajar bagaimana menggunakan Microsoft Office Excel dengan kaedah yang betul.

 

Gambar disini

Memperkenalkan Asas Keusahawanan

Tarikh : 2 November 2020  

Hari/Masa : Isnin / 9.30 pagi - 12.30 tengah hari  

Peserta  : 1 orang

Tempat : Ruangan Pusat Internet Komuniti

Tujuan:

Membimbing komuniti yang berminat untuk mempelajari asas keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran perniagaan mereka semasa tempoh pandemik covid 19 dan berpeluang mencari pendapatan sampingan untuk diri dan keluarga. Dimana dalam kelas ini, komuniti diterapkan dan diajar bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri yang lebih sistematik dalam pengurusan perancangan dan kewangan perniagaan yang bakal mereka ceburi pada masa depan atau menambah-baikkan lagi proses perniagaan yang sedang mereka usahakan.

 

Aktiviti:

Peserta diberikan penerangan secara teori perniagaan yang mudah agar senang untuk difahami oleh mereka. Selepas itu, peserta di latih untuk merangka pelan perniagaan mereka dengan menggunakan kemahiran applikasi Mircosoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) yang telah dipelajari sebelum ini. Peserta akan merangka secara mudah dengan menggunakan peta minda dan carta perniagaan yang bakal mereka usahakan nanti.

 

Gambar disini

Kelas Dewasa Memperkenalkan Microsoft Office

Tarikh : 21 Oktober 2020

Hari/Masa : Rabu / 9.30 pagi - 1.00 tengah hari

Peserta : 1 orang (dewasa)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

Memberi bimbingan kepada komuniti yang berminat untuk meningkat kemahiran diri dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi secara global. Selain menambah kemahiran dalam arena ICT, kemahiran ini juga boleh membantu komuniti untuk mencari peluang-peluang pekerjaan atau menjana pendapatan sampingan untuk individu dan keluarga mereka.

 

Aktiviti:

Komuniti akan diajar berpandukan buku modul yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Komuniti secara berperingkat sehingga komuniti mahir menggunakan applikasi yang dipratikalkan dalam kegunaan harian mereka nanti. Kemahiran ini nanti akan membantu komuniti untuk menunjukkan pengetahuan berkenaan dengan asas ICT apabila diperlukan dalam perkerjaan atau dalam urusan rasmi mereka.

Gambar disini

 

"One Stop Centre" Para Guru Daerah Tebedu

Tarikh: 27 Oktober 2020

Hari/Masa : Selasa/9.30 pagi -4.30 petang

Kehadiran : 10 orang

Tempat : Bilik Latihan dan Ruangan Pusat Internet Komuniti  

Tujuan :

Memandangkan para guru dan pentadbiran sekolah-sekolah rendah sekitar Daerah Tebedu mengalami masalah talian internet yang tidak stabil. Oleh itu, mereka menggunakan Pusat Internet Komuniti untuk menghadiri 'Sidang Video" bersama Pejabat Pelajaran Daerah / Negeri untuk mendapatkan maklumat dan pengembangan semasa sistem pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Dengan adanya pusat ini, telah berjaya menyelesaikan masalah para guru apabila mereka hendak menlakukan urusan rasmi berkenaan dengan pengurusan murid dan pentadbiran sekolah.

 

Aktiviti:

Para guru menggunakan applikasi 'google meet' untuk menghadiri bengkel sidang video yang telah ditetapkan oleh pihak pejabat pelajaran negeri. Mereka masing-masing membawa 'earphone' untuk mendengar taklimat dan ceramah yang disampaikan oleh para panel.

 

Gambar disini

Pusat Internet Komuniti Tebedu "One Stop Centre Online Tutorial"

Tarikh :19-23 Oktober 2020  

Hari/Masa : Isnin-Jumaat, 9.30 pagi - 11.30pagi

Kehadiran : 1 orang (pelajar IPTA)

Tempat : Ruangan Pengguna

Tujuan :

Pusat Internet Komuniti menyediakan talian internet yang baik untuk pelajar menghadirkan kelas atas talian bersama pensyarah-pensyarah daripada pelajar-pelajar IPTA yang terpaksa menjalani kelas atas talian ketika suasana negara dilanda wabak pendemik Covid 19 ini. Para pelajar ini menggunakan laptop milik sendiri untuk mengakses kelas atas talian mereka mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pensyarah-pensyarah mereka.

 

Aktiviti :

Para pelajar yang telah berdaftar sebagai ahli diberi peluang menggunakan talian wifi yang ada disediakan oleh Pusat Internet Komuniti tanpa dikenakan sebarang bayaran. Mereka akan mengikuti kelas ini dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh setiap pensyarah tersebut.

Gambar disini

Sub-kategori