Program ini adalah kerjasama pihak Pejabat Agama Islam Bahagian Serian Bersama Pusat Internet Komuniti Tebedu

Tarikh : 12hb-13hb Oktober 2020 

Hari/Masa : Isnin-Selasa , 9.00 pagi - 4.30 petang

Peserta : 9 orang (Jemputan dari Pusat Internet Komuniti Tebedu kepada Usahawan tempatan)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

              Bengkel ini dirangka untuk memberi pengetahuan dan pemahaman terhadap keperluan Piawaian Halal Malaysia dan panduan pratikal pengisian pensijilan atas talian MY E-Halal. Dengan ini, peserta dapat memahami keperluan Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM). Peserta dapat berpeluang belajar mengisi My E-Halal dengan cara yang betul. Selain itu, peserta perlu bersedia untuk dipersijilkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Objektif utama bengkel adalah seperti berikut;

1. Memberi pendedahan kepentingan pensijilan halal.

2. Membimbing cara pengisian My E-Halal.

3. Membinbing pencarian sumber berstatus halal bagi bahan ramuan atau mentah.

 

Aktiviti :

         Antara pengisian bengkel ini adalah di bawah;

i) Taklimat dan perbincangan

ii) Tayangan Video Pensijilan Halal Malaysia

iii) Aktiviti atas talian

iv) Sesi soal-jawab

 

Gambar Disini

 

 

Bengkel Memasukkan Video Ke Slide Powerpoint

Tarikh: 6.Oktober 2020

Hari/Masa : Selasa, 2.00pm-4.30pm

Peserta : 4 orang (Sekolah Menengah & Lepasan SPM)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Peserta diajar bagaimana memasukkan video ke dalam hamparan multimedia atau slide untuk membuat pembentangan tugasan yang diberikan. Ini boleh menarik perhatian penonton atau umum apabila mereka dalam sesi mendengar pembentangan tugasan atau projek oleh peserta itu sendiri.

 

Aktiviti:

Peserta itu sendiri akan memasukkan video yang terpilih ke dalam slide yang baru. Kemudian mereka boleh menyaksikan video tersebut apabila klik bahagian slide show. Dengan adanya video di dalam hamparan multimedia atau slide mereka akan menarik perhatian umum.

Gambar disini

Anjuran Suruhanhjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Nama Program : Modul "Klik Dengan Bijak" Anjuran MIV(Malaysia ICT Volunteer) siri ke-2

Tarikh Mula : 5 September 2020

Peserta Sukarelawan : 4 orang

Sebaran : Media Sosial

Tujuan:

  • Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
  • Maklumat Palsu
  • Kawalselai Kendiri
  • Sebenarnya.my
  • Cybergenius
  • Kandungan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

Aktiviti:

  • Sebaran secara bersemuka bersama komuniti
  • Sebaran melalui Facebook, Whatssap, Instagram dan lain-lainnya
  • Sebaran secara risalan kepada komuniti

Gambar disini

 

Kelas Modul Memperkenalkan Microsoft Office Powerpoint

Tarikh: 5 Oktober 2020

Hari/Masa: Isnin, 2.00pm - 4.30pm

Peserta : 4 orang ( Sekolah Menengah & Lepasan SPM)   

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Powerpoint dalam kehidupan seharian mereka. Dimana peserta akan diberi tunjuk-ajar cara-cara menggunakan perisian Powerpoint untuk tugasan pembentangan projek sekolah atau individu. Petugas akan menerangkan kebaikan dan faedah kegunaan perisian powerpoint ini dalam aktiviti-aktiviti semasa.

 

Aktiviti:

Para peserta akan diberikan latihan membuat perancangan dengan menggunakan perisian Powerpoint dimana mereka akan menaip, mencipta latarbelakang, memasukkan gambar, imej, bunyi, video dan sebagainya. Selain itu, peserta akan diajar bagaimana menggunakan kesan animasi dan susun-atur perkataan dan imej yang telah mereka masukkan dalam hamparan atau slide projek mereka.

Gambar disini

 

Tarikh : 18 September 2020 

Hari/Masa : Jumaat / 2.30petang -4.30petang  

Peserta : 4 orang (Lepasan SPM & Sekolah Menengah)

Tempat : Bilik Latihan 

Tujuan :

Kelas pengenalan kepada asas internet dan emel dimana para pelatih diberi penerangan berkenaan dengan fungsi dan kegunaan kedua-dua item ini untuk urusan seharian. Peranan talian internet amat penting kepada individu dalam pencarian maklumat dan penghantaran mesej dan dokumen untuk berkomunikasi diantara satu sama lain dalam jarang yang jauh iaitu alam maya tanpa sempadan.

 

Aktiviti :

Para pelatih diajar untuk menaip carian enjin untuk memasuki gerbang teknologi maklumat didalam set komputer yang disambung talian ke rangkaian internet global. Di sini, mereka boleh melayari segala maklumat tanpa batasan dengan hanya duduk di depan set komputer mereka di pejabat, rumah, sekolah atau di mana-mana saja asalkan ada sambungan ke talian internet sama ada menggunakan telefon pintar.

Gambar disini

 

Sub-kategori