Nama Aktiviti : Promosi Program NADI MAHIR kepada komuniti Daerah Tebedu

Tarikh : 10 Oktober 2024

Masa : 10 pagi

Tempat : Ruangan Pengguna NADI

Kehadiran : 6 orang 

Tujuan : 

i. Membantu meningkatkan taraf ekonomi dikalangan komuniti yang berminat di luar bandar.

ii. Memberikan peluang pekerjaan kepada golongan yang berpendapatan rendah di tempat adanya NADI.

iii. Mempelajari kemahiran baru daripada tenaga pengajar yang dilantik khas untuk komuniti yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

iv. Menjadikan NADI sebagai pusat kemahiran hidup untuk komuniti mendapatkan pembelajaran asas perniagaan.

 

Aktiviti :

a. Komuniti diberikan taklimat berkenaan dengan program tersebut menerusi siaran langsung dalam talian oleh tenaga pengajar yang bertauliah.

b. Komuniti yang berminat mengisi borang pendaftaran dalam talian yang dikongsikan oleh petugas NADI.

c. Sesi pratikal kursus akan berpandukan pembelajaran dalam talian di NADI pada tarikh yang ditetapkan kemudian oleh pihak NADI.

 

Gambar disini

 

Nama Aktiviti : Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Madani Dan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Cawangan Serian

Tarikh : 8 Oktober 2024,Selasa

Masa : 11 pagi - 12.30 tengah hari

Kehadiran : 30 orang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI 

Tujuan: 

i. Kenali NADI kepada komuniti setempat mengenai fungsi dan peranan NADI dalam membantu komuniti berurusan secara dalam talian.

ii. Mengeratkan hubungan kemasyarakatan petugas-petugas NADI dengan komuniti setempat dalam perkhidmatan dalam urusan harian mereka di NADI.

iii. Mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan peralatan ICT kepada komuniti setempat.

 

Aktiviti : 

a. Taklimat oleh petugas NADI kepada komuniti yang hadir pada program tersebut.

b. Sesi soal-jawab antara petugas dan komuniti berkenaan dengan fungsi dan peranan NADI.

c. Pendaftaran ahli-ahli baru di NADI sempena program kerjasama tersebut.

 

Gambar disini 

 

 

Nama Aktiviti : Sesi daftar Sarawak ID dan e-tani Jabatan Pertanian Sarawak untuk komuniti setempat Daerah Tebedu.

Tarikh : 1 - 6 Ogos 2024

Masa : 9.30 pagi dan 2.00 petang

Tempat : Ruangan Pengguna NADI

Kehadiran: 80 orang (Dewasa Lelaki dan Wanita) 

Tujuan:

i.Mengisi data petani secara atas talian oleh komuniti untuk rekod Jabatan Pertanian Negeri.

ii.Memudahkan pihak Jabatan Pertanian untuk mengumpul data golongan komuniti yang menjalankan aktiviti pertanian.

iii.Menyediakan platform untuk para petani memohon bantuan pertanian secara terus tanpa perlu mengisi borang secara manual.

iv.Menjadikan sektor pertanian bergerak maju ke hadapan dengan menggunakan teknologi tinggi bagi meningkatkan hasil pertanian komuniti.

 

Aktiviti:

a. Syarat utama sebelum mendaftar dalam sistem e-tani, komuniti mesti membuat akaun Sarawak Id mereka terlebih dahulu.

b. Apabila Sarawak Id komuniti telah wujud, barulah boleh mendaftar dalam sistem e-tani.

c. Petugas NADI akan memberi Sarawak ID dan Id e-tani kepada komuniti untuk rujukan serta simpanan mereka.

d. Komuniti hanya boleh mendaftar Sarawak Id sekali sahaja seumur hidup.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Asas Belajar ICT dan Multimedia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

Tarikh: 7 Ogos 2024, Rabu

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan NADI

Kehadiran : 3 orang 

Tujuan :

i. Melahirkan komuniti yang mahir menggunakan teknologi maklumat bagi mengisi peluang pekerjaan semasa.

ii. Menambahkan pengetahuan komuniti dalam teknologi digital yang semakin berkembang diperingkat dunia.

iii. Memberi peluang kepada komuniti yang kurang kemampuan kewangan mereka untuk mendapat kelas latihan ICT di bandar.

iv. Mengasah bakat-bakat komuniti dalam menggunakan teknologi ICT untuk meningkatkan diri.

 

Aktiviti :

a. Module pembelajaran memang telah sediakan ada untuk mengajar komuniti.

b. Setiap sesi kelas tiada bayaran bulanan atau minggu dikenakan kepada komuniti, hanya perlu mendaftar sebagai ahli NADI.

c. Apabila module telah habis dipelajari, petugas akan mengadakan sesi ujian penilaian bagi mengukur pemahaman komuniti.

 

Gambar disini

Nama Program : Ujian kelayakan mendapat Sijil Penyertaan ICT dan Multimedia serta Asas Keusahawanan Belia

Tarikh: 2 Ogos 2024, Jumaat

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 3 orang (Belia) 

Tujuan :

i. Mempelajari kemahiran baru oleh belia bagi mencari peluang pekerjaan yang berkaitan sama ada sektor kerajaan atau swasta.

ii. Memberi peluang kepada komuniti yang tinggal di luar bandar untuk belajar teknologi ICT.

iii. Memperkasakan komuniti kepada kemahiran keusahawanana semasa untuk menjana pendapatan individu.

v. Melatih komuniti untuk membangun perniagaan kecil-kecilan di kawasan mereka.

 

Aktiviti:

a. Komuniti akan menjawab soalan-soalan di komputer masing-masing dengan dipantau oleh petugas NADI.

b. Soalan berbentuk pilihan jawapan dan subjektif hendak di isi dan disediakan oleh komuniti sendiri.

c. Penyediaan soalan-soalan penilaian adalah berdasarkan apa yang telah dipelajari oleh komuniti sebelum ini.

d. Semakan ujian penilaian akan diperiksa sendiri oleh petugas NADI sebelum Sijil Penyertaan dikeluarkan.

 

Gambar disini

Sub-kategori