NAMA PROGRAM: KLIK DENGAN BIJAK DAN KELAS BIMBINGAN PT3 SEKOLAH MENENGAH  

TARIKH: 23 FEBRUARI 2020

MASA : 10.30AM - 12.30PM

PESERTA: 2 ORANG (PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 2)

Aktiviti:

Taklimat sesi Klik Dengan Bijak berkenaan dengan "penyalahgunaan media sosial" dimana pelajar-pelajar diberi peringatan supaya jangan leka dengan pengaruh applikasi instagram dan whatssap. Ini akan menyebabkan para pelajar malas untuk membuat ulang-kaji pelajaran dan seronok melayan applikasi media sosial tersebut. Dalam sesi ini, petugas akan membantu memberi tunjuk-ajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah dan padat isinya.

 

Tujuan:

Memberi panduan kepada para pelajar agar berhati-hati bila melayari media sosial, mesti ada batasnya untuk mengawal diri. Pelajaran adalah penting bagi golongan muda ini untuk mencapai kejayaan dalam hidup di masa depan mereka. Jika tiada kawalan diri maka para pelajar akan menyimpang ke tindak-laku yang negatif apabila tidak di bendung dari peringkat muda lagi.

Gambar disini

 

NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN MERANGKA RANCANGAN PERNIAGAAN USAHAWAN   

TARIKH : 20 FEBRUARI 2020,KHAMIS

MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

PESERTA : 8 ORANG

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak mengenai Penipuan Online ataupun Scammer didedahkan kepada para usahawan agar mereka berhati-hati bila menerima mesej di telefon bimbit mereka di masa akan datang. Kemudian petugas memberi tunjuk-ajar bagaimana untuk menyediakan dan merangka rancangan perniagaan yang mereka telah ceburi selama ini. Dengan bantuan petugas, mereka akan mengadaptasikan rancangan perniagaan mereka di komputer masing-masing. Petugas akan membantu membimbing mereka supaya mahir menggunakan peralatan komputer bagi memudahkan mereka menyimpan rekod perniagaan mereka selepas ini.

Tujuan:

Memberi kesedaran kepada pemikiran para usahawan supaya jangan memandang rendah gejala Scammer yang kini berleluasan di media sosial dan telefon pintar.Dimana gejala Scammer ini boleh mengakibatkan kehilangan kewangan dalam akaun bank dan disalahguna oleh pihak yang berniat negatif. Selain itu, melatih para usahawan untuk membiasakan diri mereka dengan teknologi ICT bagi kegunaan merekod prestasi pendapatan dan perbelanjaan perniagaan semasa mereka.

Gambar disini

 

 

NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN KELAS TUISYEN SPM  

TARIKH : 15 FEBRUARI 2020, SABTU

MASA : 10.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

PESERTA : 2 ORANG PELAJAR 

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk-ajar bagaimana memahami pelajarab dalam setiap subjek yang penting. Peserta diberikan soalan untuk dibincang bersama bagaimana mencari penyelesaian masalah dan jawapan yang betul dan memenuhi kehendak soalan SPM. Peserta diberi peluang untuk bersoal-jawab dengan petugas sehingga mereka faham setiap subjek yang di pelajari dalam kelas tersebut.

 

Tujuan :

Membantu pelajar-pelajar SPM untuk membuat persediaan awal agar mereka tidak menjawab soalan sesuka hati tanpa meneliti jawapan betul atau salah. Selain itu, kelas ini memupuk semangat rajin belajar dan memahami setiap kehendak soalan-soalan dalam peperiksaan yang akan menjelang tiba. Jika pelajar sukar untuk memahami kehendak soalan, petugas akan membantu untuk menerangkan kaedah jawapan yang agak mudah difahami oleh pelajar tersebut.

Gambar disini

NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN KELAS TUISYEN UPSR 

TARIKH : 16 FEBRUARI 2020, AHAD

MASA : 2.30 PETANG - 4.00 PETANG

PESERTA : 1 ORANG PELAJAR TAHUN 6 

Aktiviti :

Menerangkan kelebihan teknologi ICT boleh membantu peserta dalam pembelajaran oleh petugas. Peserta diberikan latihan berpandukan matapelajaran UPSR yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Petugas akan memberi tunjuk-ajar supaya peserta mudah untuk memahami apa yang dipelajari di sekolah.

Tujuan :

Membantu peserta yang merupakan pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR agar mudah untuk dia menempuhi alam peperiksaan tersebut nanti. Malahan dengan adanya kelas tambahan ini akan memberi keyakinan dan menaikkan semangat pelajar untuk menduduki peperiksaan itu.

Gambar disini

 

NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN LATIHAN ASAS ICT 

TARIKH : 10 FEBRUARI 2020

MASA : 10.30 PAGI - 11.30 PAGI

PESERTA : 1 ORANG (LELAKI WARGA EMAS OKU)

Aktiviti:

Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana untuk menggunakan peralatan komputer untuk tujuan menyediakan dokumen dan surat-menyurat rasmi. Peserta diberikan latihan menaip dokumen rasmi agar melatih kemahiran beliau dalam bidang penulisan secara kaedah menggunakan teknologi ICT.

Tujuan:

Memberi peluang kepada komuniti warga emas terutamanya golongan OKU untuk mempelajari teknologi ICT dengan lebih meluas lagi untuk menambah pengetahuan mereka. Dengan adanya peluang ini mereka tidak akan disisih oleh masyarkat setempat di daerah atau kampung mereka.

Gambar disini

 

Sub-kategori