Tarikh : 3 Ogos

Hari/Masa : Isnin , 2.30-4.30 petang

Peserta : 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) 

Tempat : Bilik Latihan

 

Tujuan:

Memberi bimbingan kepada lepasan SPM dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) semasa agar mereka tidak ketinggalan daripada dunia digital global. Selain itu, mereka berpeluang untuk mempelajari kemahiran dalam bidang digital untuk memohon pekerjaan dan melanjutkan pengajian di peringkat menara gading.

 

Aktiviti :

Petugas memberi taklimat pengenalan teknologi maklumat dan komunikasi kepada peserta berdasarkan modul Intel yang disediakan oleh Pusat Internet Tebedu. Dimana para peserta mengenal-pasti perisian dan perkakasan yang berkaitan dengan dunia digital seperti peralatan komputer, tablet, laptop, applikasi microsoft Office, rangkaian talian internet dan sebagainya.

Gambar disini

 

NAMA PROGRAM : KLIK DENGAN BIJAK DAN TAKLIMAT PERTANDINGAN USAHAWAN ATAS TALIAN  

TARIKH : 20 JULAI 2020

MASA : 2.30 - 4.30 PETANG

PESERTA : 3 ORANG

Tujuan :

Petugas memberi taklimat kepada usahawan tempatan sekitar Daerah Tebedu yang berminat untuk mengikuti Program Pertandingan Usahawan Atas Talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu. Dengan ini para peserta mudah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program ini. Mereka menunjukkan minat yang mendalam untuk mendaftar diri dan mengikuti bengkel pembelajaran asas mengapplikasikan produk mereka ke dalam web yang telah di saranan iaitu applikasi Shoppee atau Lazada.

 

Aktiviti :

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Zakini Haji Ale, penolong pengurus kepada usahawan-usahawan yang berminat. Selain itu, petugas menyampaikan borang-borang pendaftaran pertandingan dan menerangkan syarat-syarat pertandingan yang mesti di patuhi oleh para usahawan itu.

 

Gambar disini

NAMA PROGRAM: KELAS TUISYEN UPSR TAHUN 6

TARIKH: 1 MAC 2020

MASA: 2.00PM-4.30PM

PESERTA: 2 ORANG (PELAJAR TAHUN 6-SK TEBEDU & SK TEMONG)

Aktiviti:

Petugas memberi bimbingan kepada pelajar untuk memahami bagaimana kaedah menjawab soalan UPSR dengan mudah dan betul. Selain itu, petugas juga mengajar teknik-teknik belajar sendiri di rumah dengan megikut jadual belajar sendiri dan selalu membuat latih-tubi bagi setiap pelajaran itu. Pelajar-pelajar akan diberikan latihan-latihan berpandukan soalan-soalan UPSR yang lepas yang di ambil daripada soalan online untuk dibincang bersama pelajar-pelajar ketika sesi tuisyen pada petang itu.

 

Tujuan:

Membantu para pelajar agar membuat persediaan awal bagaimana untuk menjawab soalan peperiksaan dalam UPSR nanti dengan berpandukan teknik-teknik belajar yang sistematik. Sesi tuisyen ini amat berguna dan penting untuk para pelajar UPSR agar mereka sentiasa siap-sedia untuk menghadapi ujian yang sebenar nanti. Para pelajar luar bandar di Daerah Tebedu ini mudah untuk mencari kelas tuisyen di Pusat Internet yang tidak jauh dari rumah mereka, disamping dapat merujuk kepada soalan-soalan lepas UPSR untuk latih-tubi kepada pelajar itu sendiri.

Gambar disini

NAMA PROGRAM: KELAS ASAS SUNTINGAN IMEJ DENGAN PHOTOSHOP 

TARIKH: 18 JULAI 2020

MASA : 2.30 PM - 4.30PM

PESERTA : 3 ORANG ( SEKOLAH MENENGAH)

Aktiviti :

Pengenalan kepada penggunaan applikasi Photoshop untuk membuat poster,iklan, risalan promosi kepada umum. Para peserta didedahkan kepada applikasi ini agar mereka mahir menggunakan untuk membuat kerja-kerja pengiklanan semasa. Setiap peserta ditempatkan ke komputer masing-masing untuk belajar menggunakan applikasi tersebut. Petugas akan menerangkan bagaimana untuk menyunting dan mengedit imej yang telah di muat-turun ke slaid mereka.

Tujuan:

Mendedahkan komuniti kepada applikasi yang mudah untuk mereka membuat pengiklanan ciptaan sendiri tanpa perlu menempah ke kedai. Selain itu, kemahiran baru boleh dibelajari oleh mereka dengan bimbingan petugas yang mahir menggunakan applikasi Photoshop ini.

Gambar disini

 

NAMA PROGRAM: KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER DAN PENIPUAN KEWANGAN)  

TARIKH: 23 FEBRUARI 2020

MASA : 2.30PM - 3.30PM

PESERTA : 8 ORANG

Aktiviti:

Taklimat bersama dengan tayangan video klik dengan bijak bertajuk "Buli Siber" dan "Penipuan Kewangan" yang berdasarkan kisah benar dimana ada komuniti yang terlalu mendedahkan peribadi diri dalam media sosial dan tergoda dengan tawaran tunai yang jumlahnya ribuan. Video tersebut dijadikan contoh tauladan supaya komuniti lebih berhati-hati.

 

Tujuan:

Memberi kesedaran dan betapa bahayanya ancaman keselamatan diri dan simpanan kewangan kita di dalam akaun peribadi kita. Oleh itu, jangan mudah percaya bulat-bulat tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. kita mesti siasat dan berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Gambar disini

Sub-kategori