Tarikh : 29 Ogos 2020 Hari/Masa : Sabtu / 9.30pagi - 12.30 tengah hari Peserta : 6 orang (Pelajar Sekolah Menengah) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana membuat poster kreatif dengan menggunakan apllikasi Canva. Dengan ini peserta belajar kemahiran untuk mencipta poster sendiri berpandukan teknik-teknik yang di ajar oleh petugas Pusat Internet ini. Kemahiran ini adalah merupakan satu peluang untuk mereka mengasah idea dan kreativiti sendiri di masa depan.
Aktiviti:
Peserta dibimbing oleh petugas dengan menggunakan apllikasi Canva dimana para peserta memilih latarbelakang, gambar,imej dan menaip kata-kata atau cogan kata di poster masing-masing. Disini para peserta berpeluang untuk memilih sendiri corak dan warna pilihan berpandukan tajuk yang diberi oleh petugas.
Tarikh : 25 Ogos 2020 Hari/Masa : Sabtu / 9.30pagi - 3.30 tengah hari Peserta : 12 orang (Pelajar Sekolah dan Dewasa) Tempat : Pusat Internet Tebedu |
Tujuan :
Menggalakkan komuniti untuk menghasilkan video-video kreatif berasaskan bahan-bahan kitar semula. Selain itu, program ini akan menyemarakkan semangat sambutan "Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63" dikalangan komuniti di Daerah Tebedu dan di dalam talian media massa apabila video-video kreatif ini di muat-turun ke "FaceBook" Pusat Internet Tebedu.
Aktiviti :
Peserta-peserta yang berdaftar akan membuat sendiri video-video mengikut kreativiti mereka sendiri. Bahan-bahan kitar semula di kutip dan di kumpul untuk menghasilkan ciptaan yang menarik dimana video diambil dari mula cipta dibuat secara langkah demi langkah sehingga siapnya binaan atau kraftangan yang dibuat oleh peserta sendiri.
Tarikh : 13 Ogos 2020 Hari/Masa : Khamis / 2.00-5.00 petang Peserta : 4 orang (Usahawan Tebedu) Tempat : Pusat Internet Tebedu |
Tujuan :
Perjumpaan bulanan di antara pegawai Islam Relief Malaysia bersama ahli program peningkatan ekonomi keluarga yang diadakan setiap bulan bagi memantau perkembangan perniagaan yang diusahakan oleh peserta. Dimana mereka dibantu dari segi bahan dan peralatan perniagaan yang mereka usahakan selama ini. Program ini membantu meringankan bebanan usahawan untuk membeli peralatan yang baru bagi menghasilkan produk makanan untuk dijual di sekitar Daerah Tebedu ini.
Tarikh : 15 Ogos 2020 Hari/Masa : Sabtu /9.00 pagi - 3.00 petang Peserta : 6 orang (wanita) Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Tebedu |
Tujuan :
Membantu para usahawan tempatan untuk mendaftar produk mereka ke dalam web atas talian seperti shoppee dan lazada. Disamping mempromosikan produk-produk tempatan hasil buatan sendiri oleh para peserta yang kurang mahir penggunaan teknologi maklumat semasa. Petugas membantu memberi bimbingan kepada para usahawan tempatan untuk mereka memulakan perniagaan secara atas talian dengan dibantu oleh tenaga pengajar yang dibawa dari luar.
Aktiviti:
Petugas mengajar para peserta untuk mendaftar dalam applikasi shoppee dengan muat turun terlebih dahulu di telefon pintar masing-masing. Setelah itu, mereka diajar untuk muat turun gambar-gambar produk mereka masing-masing dalam ruangan di bahagian penjual di applikasi shoppee tersebut. Selain itu, mereka boleh melayari applikasi shoppee dengan menggunakan komputer yang disediakan di bilik latihan tersebut bagi memantau pesanan daripada pelanggan.
Tarikh : 10 - 15 Ogos 2020 Hari/Masa : Isnin - Jumaat / 8.30pagi - 12.00 tengah hari Peserta : 2 orang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Tebedu |
Tujuan :
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang dapat tawaran melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Sarawak menggunakan Pusat Internet Tebedu untuk mendapatkan perkhidmatan talian internet yang lebih stabil bagi mengikuti kelas secara atas talian daripada pensyarah-pensyarah mereka. Sesi pembelajaran secara video memudahkan para pelajar berkomunikasi bersama pensyarah mereka walaupun berada jauh dari bandar. Memandangkan pandemik Covid 19 ini, para pelajar tidak dapat pergi ke kolej mereka yang berada di Jalan Sejingkat, Kuching.