Nama Program : Kelas Memperkenalkan Komputer dan Sistem, Kelas Memperkenalkan Internet dan Gmail

Tarikh : 14 Julai 2022

Masa : 2.30 petang

Lokasi : Bilik Latihan

Kehadiran : 2 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)

Tujuan :

  • Melatih komuniti menggunakan peralatan ICT dengan mudah.
  • Membantu komuniti untuk mendapatkan pembelajaran ICT.
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna.
  • Memberi motivasi kepada komuniti untuk menerokai bidang digital.

 

Aktiviti :

  • Latihan memperkenalkan peralatan ICT yang ada di bilik latihan.
  • Menerangkan fungsi dan membuat latihan menggunakan peralatan ICT.
  • Menjalankan aktiviti menaip secara asas disediakan.
  • Pratikal melalui latihan dibuat sendiri oleh komuniti.

 

Gambar disini

Nama Program : Klik Dengan Bijak - Buli Siber, Jangan Anda Jadi Mangsa

Tarikh : 14 Julai 2022, Khamis

Masa : 2.30 petang

Kehadiran : 2 orang (Lepasan Sekolah)

 

Tujuan :

  • Memberi kesedaran kepada komuniti agar berhati-hati bila melayari media sosial.
  • Jangan mudah mempercayai kenalan melalui internet.
  • Memastikan komuniti melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengalami buli siber.
  • Menyediakan talian khas untuk mencegah kejadian ini berleluasa.

 

Aktiviti:

  • Tayangan video contoh buli siber yang dilakon semula untuk peringatan kepada komuniti.
  • Tip-tip pencegahan untuk membanteras kegiatan buli siber ini diberi.
  • Pihak berkuasa boleh dihubungi dengan no.telefon yang tertera di video.

 

Gambar disini

Nama Program : Pengenalan Asas Keusahawanan Lepasan Sekolah

Tarikh : 4 Julai 2022, Isnin

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 2 orang

Tujuan :

  • Melahirkan komuniti yang menceburi bidang keusahawanan dengan membuat perniagaan produk sendiri.
  • Menjadikan keusahawanan sebagai platform untuk menjana ekonomi setempat.
  • Melatihkan komuniti meminat bidang keusahawanan dari peringkat awal lagi.
  • Membantu menaik-taraf sosio-ekonomi komuniti luar bandar.

 

Aktiviti :

  • Komuniti diberikan latihan membuat pelan perniagaan sendiri.
  • Latihan merangka rekod perniagaan sendiri
  • Mencipta slide perniagaan sendiri.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Pemasaran Menggunakan Media Sosial (FaceBook) Untuk Para Usahawan Tempatan Daerah Tebedu

Tarikh : 16 Julai 2022, Sabtu

Masa : 9.30 pagi

Kehadiran : 5 orang

Tujuan :

  • Membantu usahawan membuat pemasaran produk mereka secara atas talian.
  • Memudahkan mempromosikan produk-produk terbaru usahawan kepada umum.
  • Mencipta kedai atas talian untuk para usahawan yang aktif dalam media sosial.

 

Aktiviti :

  • Usahawan diajar untuk membuka atau mencipta akaun media sosial masing-masing iaitu Facebook.
  • Teknik memuat-turun imej produk ushawan ke dalam kedai atas talian dalam media sosial.
  • Mengedit nama, jenis dan harga produk dalam kedai atas talian mereka sendiri.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Belajar Asas ICT Dan Multimedia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 

Tarikh : 21 Jun 2022, Selasa

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan

Peserta : 2 orang

Tujuan :

- Mendapatkan sijil untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.

-Menningkatkan kemahiran dalam teknologi asas ICT.

-Mengisi masa lapang dengan mendalami pengetahuan teknologi maklumat semasa.

 

Aktiviti :

-Peserta diberikan buku modul yang standard untuk rujukan semasa pembelajaran.

-Latihan akan diberikan kepada peserta oleh petugas PEDi

-Peserta berpeluang untuk membuat pertanyaan sekiranya tidak faham dengan setiap modul tersebut.

 

Gambar disini

Sub-kategori