Nama Program : 1. Memasuki Pasaran Pekerjaan - Penulisan Biodata/Resume Dan 2. Modul Asas Keusahawanan - Pengurusan Kewangan Perniagaan.

Tarikh : 11 Julai 2023, Selasa dan 17 Julai 2023, Isnin

Masa : 11 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan, Ruangan Pengguna, Pejabat dan Rumah sendiri

Peserta : 11 orang

Tujuan :

* Menambah pengetahuan komuniti dalam bidang tertentu bagi mencapai sasaran dalam perniagaan dan pekerjaan.

* Mempelajari sesuatu topik dan perbincangan berkenaan dengan kerjaya untuk memajukan diri komuniti dari semasa ke semasa.

* Memberi peluang komuniti memilih untuk mengikuti sesi atas talian di PEDi atau di rumah jika tiada pilihan untuk keluar.

* Menggalakkan komuniti melibatkan diri dengan kelas yang berkaitan dengan pekerjaan mereka tanpa ada bayaran.

 

Aktiviti :

~ Petugas akan menyediakan bilik latihan untuk komuniti menghadirkan diri mengikuti kelas atas talian yang telah ditetapkan tarikh dan masanya.

~ Jika komuniti sukar untuk ke PEDi, petugas akan memberi pautan alamat ke kelas yang ditetapkan.

~ Komuniti boleh memilih kelas atas talian mengikut tajuk-tajuk yang telah disediakan pada bulan yang tersebut.

~ Sesi soal-jawab untuk komuniti yang ingin mengetahui maklumat selanjutnya atau ada kemusykilan berkenaan tajuk kelas yang telah dijalankan.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas e-tuisyen Sekolah Rendah Tahun 1-Tahun 6   

Tarikh : 8, 9, 15, 16, 22, 23 Julai 2023 (Sabtu dan Ahad)

Masa : 10.45 pagi, 2.15 petang, 3.30 petang, 4.45 petang 

Tempat : Ruangan Pengguna

Kehadiran : 10 orang

Tujuan:

* Mengatasi masalah dalam sesatu matapelajaran di sekolah dimana murid lemah dan kurang pemahaman.

* Ibubapa berhasrat supaya anak-anak mereka dapat menambah pengetahuan dalam matapelajaran yang didaftar.

* Mengelakkan murid-murid membuang masa dengan bermain gajet atau telefon bimbit yang tidak terkawal oleh ibubapa.

* Mudah untuk murid-murid datang ke PEDi yang berdekatan dengan rumah mereka.

 

Aktiviti:

~ Murid-murid akan diberikan komputer masing-masing untuk masuk kelas atas talian.

~ Petugas akan memantau sesi pembelajaran murid-murid tersebut setiap masa.

~ Nota akan disediakan secara percuma kepada murid-murid mengikut subjek yang telah didaftar.

~ Setiap murid akan diberikan jadual minggu kelas e-tuisyen mereka untuk rujukan ibubapa mereka.

 

Gambar disini 

 

 

Nama Aktiviti : Ujian Penilaian ICT dan Asas Keusahawanan Lepasan Sekolah   .

Tarikh : 14 Jun 2023, Rabu

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan 

Peserta : 3 orang (Lepasan SPM dan STPM) 

 

Tujuan:

* Memastikan komuniti menguasai apa yang telah dipelajari di PEDi.

* Mendedahkan konsep asas membangun sesebuah perniagaan secara kecil-kecilan tanpa modal yang banyak.

* Melatih komuniti menyediakan rangka pelan perniagaan yang mudah dan ringkas.

* Melahirkan bakal-bakal usahawan tempatan yang berilmu dalam bidang digital.

 

Aktiviti :

* Komuniti menjawab ujian di dalam komputer yang telah disediakan soalan-soalan oleh petugas PEDi.

* Masa yang diberikan adalah dalam tempoh yang panjang agar komuniti dapat menjawab dengan tenang dan fokus.

* komuniti boleh menjawab soalan dalam bahasa Melayu atau Inggeris bergantung dengan soalan yang diberikan.

 

Gambar disini

Sub-kategori