Nama Program : Lawatan Kerja DITM perjumpaan dengan Rakan Digital Usahawan PEDi Tebedu Tarikh:15 Jun 2022, Rabu Masa : 10.00 pagi Kehadiran: Encik Hilmi Dan Encik Griffin, TM Sarawak |
Tujuan:
- Mengetahui perkembangan peserta-peserta usahawan tempatan yang dilatih oleh Rakan Digital.
- Memantau program-program yang di daftar oleh usahawan dengan bimbingan Rakan Digital setakat ini.
-Mengambil rekod jumlah bilangan usahawan yang aktif menjalankan perniagaan secara manual dan atas talian di bawah selian Rakan Digital.
Aktiviti:
- Pembentangan perkembangan semasa prestasi kemajuan usahawan yang aktif oleh Rakan Digital kepada kedua-dua pegawai tersebut.
-Bimbangan untuk mendapatkan lesen perniagaan dibantu oleh Rakan Digital kepada usahawan tempatan sekitar daerah Tebedu ini.
-Peningkatan jualan usahawan tempatan melalui media sosial semakin meningkat sejak Rakan Digital memberi motivasi menggunakan media sosial perniagaan.
Nama Aktiviti: Kelas Belajar ICT dan Multimedia Tarikh: 12, 16 Mei 2022 ( Khamis, Isnin ) Masa: 2.00 petang - 4.30 petang Tempat: Bilik Latihan Peserta: 2 orang (Belia dan Pelajar Tingkatan 2) |
Tujuan:
# Mengenal peralatan dan perkakasan komputer secara menyeluruh.
# Mengetahui kepentingan mempelajari teknologi maklumat.
# Memahirkan diri menggunakan perisian asas dalam kehidupan seharian.
# Melatih diri menguasai bidang teknologi maklumat untuk persediaan memohon sebarang pekerjaan.
Aktiviti:
> Peserta diberi penerangan berkenaan setiap peralatan dan perkakasan yang terdapat dalam bilik latihan.
> Petugas membimbing peserta bagaimana menggunakan perkakasan Microsoft Office.
> Peserta akan diberikan latihan untuk memahirkan diri dalam teknologi maklumat.
> Bila tamat module dipelajari, peserta akan diberikan ujian penilaian kelayakan.
Nama Aktiviti: Kelas Asas Keusahawanan Tarikh: 9, 10, 12, 13 Mei 2022(Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat) Masa: 2.30 petang - 4.30 petang, 9.30 pagi-12.00 tengah hari Tempat: Bilik Latihan Peserta: 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan:
-> Menyemai minat belia kepada dunia perniagaan semasa sebagai pendapatan mereka kelak.
-> Membimbing belia bagaimana hendak memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan.
-> Memupuk belia menjalankan peniagaan secara atas talian (online).
-> Memberi tunjuk-ajar selok-belok perniagaan secara asas dari segi perancangan membangunkan perniagaan.
Aktiviti:
* Pelatih diajar membuat pelan perniagaan yang bakal mereka usahakan nanti.
* Petugas akan memberi bimbingan bagaimana mengurus dana kewangan secara sistematik pelatih.
* Pelatih akan menggunakan perisian seperti Canva untuk mencipta logo dan label.
* Modul yang disediakan boleh memberi idea kepada pelatih mencipta nama perniagaan mereka mengikut kreativiti sendiri.
Nama Aktiviti: Kelas Membuat Pelan Pemasaran Dan Penjenamaan Perniagaan Tarikh: 16-17 Mei 2022, Isnin-Selasa Masa: 9.30 pagi - 12.00 tengah hari Tempat: Bilik Latihan Peserta: 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan:
* Melatih peserta merangka pelan pemasaran produk mereka kepada umum.
* Mencipta reka-bentuk perlaksanaan penjualan produk secara manual atau atas talian.
* Memberi idea yang kreatif kepada peserta bagi menghasilkan jenama perniagaan mereka
* Membimbing peserta bagaiman untuk mempromosikan produk mereka dengan mudah.
Aktiviti:
- Pelatih menggunakan perisian Canva untuk merangka pelan pemasaran mereka masing-masing.
- Bila mereka telah ada mempunyai pelan perniagaan, mudah untuk mencipta jenama kedai mereka.
- Dengan adanya nama kedai ini akan memudahkan mereka mencipta logo serta label produk perniagaan.
Tajuk : Bicara Isu Abstinen & Kemahiran Penolakan Pergaulan Bebas Remaja Oleh Pusat Interaktif Remaja LPPKN Sri Aman, Sarawak. Tarikh : 14 April 2022,Khamis Masa : 2.00 petang-4.00 petang Peserta : 5 orang (Pelajar Sekolah Menengah dan Belia) |
Tujuan :
* Membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan penuh keyakinan.
* Memberi peringatan kepada remaja jika berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
* Mencegah berlakunya keruntuhan akhlak remaja dewasa ini dengan memberi kata-kata motivasi.
*Membimbing remaja yang sedang mengalami masalah kesihatan mental.
Aktiviti :
- Khidmat nasihat oleh pegawai LPPKN yang bertauliah kepada remaja yang mengikuti sesi atas talian.
- Sesi soal-jawab antara penceramah dan remaja secara maya.
- Penceramah membetangkan contoh-contoh peristiwa yang berlaku kepada remaja sebab teladan supaya remaja menghindari tingkah-laku yang tidak bermoral.
- Remaja berpeluang menjawab kuiz yang disediakan oleh pihak LPPKN.