Nama Program : Kelas Pemasaran Menggunakan Media Sosial (FaceBook) Untuk Para Usahawan Tempatan Daerah Tebedu Tarikh : 16 Julai 2022, Sabtu Masa : 9.30 pagi Kehadiran : 5 orang |
Tujuan :
- Membantu usahawan membuat pemasaran produk mereka secara atas talian.
- Memudahkan mempromosikan produk-produk terbaru usahawan kepada umum.
- Mencipta kedai atas talian untuk para usahawan yang aktif dalam media sosial.
Aktiviti :
- Usahawan diajar untuk membuka atau mencipta akaun media sosial masing-masing iaitu Facebook.
- Teknik memuat-turun imej produk ushawan ke dalam kedai atas talian dalam media sosial.
- Mengedit nama, jenis dan harga produk dalam kedai atas talian mereka sendiri.
Nama Program : Pengenalan Asas Keusahawanan Lepasan Sekolah Tarikh : 4 Julai 2022, Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 2 orang |
Tujuan :
- Melahirkan komuniti yang menceburi bidang keusahawanan dengan membuat perniagaan produk sendiri.
- Menjadikan keusahawanan sebagai platform untuk menjana ekonomi setempat.
- Melatihkan komuniti meminat bidang keusahawanan dari peringkat awal lagi.
- Membantu menaik-taraf sosio-ekonomi komuniti luar bandar.
Aktiviti :
- Komuniti diberikan latihan membuat pelan perniagaan sendiri.
- Latihan merangka rekod perniagaan sendiri
- Mencipta slide perniagaan sendiri.
Nama Program : Tuisyen Sekolah Rendah Dan Pra Sekolah Tarikh : 17 Jun, 18 Jun, 19 Jun 2022 (Jumaat, Sabtu, Ahad) Masa : 10.45 pagi, 2.00 petang, 9.30 pagi Tempat : Rungan Penguna PEDi Peserta : 3 orang |
Tujuan :
-Menambah pemahanan pelajar sekolah rendah dalam subjek yang didaftar.
-Melatih pelajar pra sekolah membaca dengan lancar.
-Latihan yang diberikan membantu meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan.
Aktiviti :
-Mengikuti setiap sesi pembelajaran secara audio dan paparan modul atas talian.
-Menjawab quiz atas talian yang disediakan oleh cikgu.
-Memberi peluang pelajar menjawab secara spontan atau mesej kepada cikgu.
Nama Program : Kelas Belajar Asas ICT Dan Multimedia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tarikh : 21 Jun 2022, Selasa Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Peserta : 2 orang |
Tujuan :
- Mendapatkan sijil untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.
-Menningkatkan kemahiran dalam teknologi asas ICT.
-Mengisi masa lapang dengan mendalami pengetahuan teknologi maklumat semasa.
Aktiviti :
-Peserta diberikan buku modul yang standard untuk rujukan semasa pembelajaran.
-Latihan akan diberikan kepada peserta oleh petugas PEDi
-Peserta berpeluang untuk membuat pertanyaan sekiranya tidak faham dengan setiap modul tersebut.
Nama Aktiviti : Pembelajaran Atas Talian IPTA Tarikh : 21 Jun 2022, Isnin Masa : 10.30 pagi - 5.00 petang Tempat : Ruangan Penguna PEDI Tebedu Kehadiran : 1 orang |
Tujuan :
- Mengatasi masalah tiada talian internet di rumah, pelajar ke PEDI untuk mendapatkan talian internet yang stabil.
-Muat turun nota kuliah senang dijalankan oleh pelajar IPTA.
-Kemudahan di PEDi selesa untuk pelajar-pelajar IPTA DAN IPTS untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Aktiviti :
- Kelas dijalankan secara "Zoom meeting" didalam PEDi dengan menggunakan komputer riba pelajar tersebut.
-Talian wifi disediakan kepada pelajar ini tanpa ada sebarang bayaran jika mereka mendaftar dengan sebagai ahli PEDi.
-Pelajar juga mudah untuk mencetak nota kuliah mereka di PEDI ini.