Program Keusahawanan : Bengkel Membuat Kek Lapis Bajet

Tarikh : 18 Mac 2023, Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Tebedu

Kehadiran : 20 orang 

Tujuan :

# Melatih komuniti untuk memahirkan diri dalam bidang perniagaan sendiri.

# Memberi peluang komuniti mengasah kemahiran diri untuk memajukan perniagaan.

# Mempromosikan produk-produk usahawan tempatan kepada komuniti.

#Menyediakan pelan perniagaan yang sistematik.

 

Aktiviti :

- Peserta di ajar untuk membuat aduan kek sendiri dengan diberi bahan-bahan oleh tenaga pengajar.

- Ada 3 kumpulan akan membuat kek yang berlainan rasanya.

- setiap kumpulan akan melapis kek mereka sehingga habis dan boleh dimakan.

- setelah kek-kek habis dibakar dan dibiarkan sejuk serta dipotong.

 

Gambar disini

 

Nama Aktiviti : Kursus Latihan Pengendali Makanan Kepada Usahawan Tempatan Sekitar Daerah Tebedu

Tarikh : 18 Februari 2023, Sabtu

Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengah hari

Lokasi : Ruangan Dalam PEDi Tebedu

Peserta : 29 orang ( 27 orang Wanita dan 2 orang Lelaki)

Tujuan:

i. Meningkatkan pengetahuan usahawan dalam perniagaan memproses makanan dan minuman secara sempurna serta selamat.

ii. Mendidik usahawan agar lebih beretika dan mengamalkan kebersihan bila menjalankan perniagaan makanan dan minuman kepada orang awam.

iii. Memastikan usahawan mematuhi arahan pihak berwajib bila mempunyai lesen perniagaan makanan dan minuman di premis mereka.

iv. Membantu bakal-bakal ushawan yang hendak memohon lesen perniagaan makanan dan minuman di masa depan.

 

Aktiviti:

Seksyen 1: Kuiz Pra dan Pengenalan (Peraturan-Peraturan Makanan dan lain-lain yang berkaitan) untuk peserta-peserta yang hadir.

Seksyen 2 :Kebersihan Makanan

Seksyen 3 : Keselamatan Makanan

Seksyen 4 : Faktor Kritikal Keracunan Makanan Dan Penutup. Kuiz Pos dari peserta-peserta.

 

Gambar disini

 

Nama Aktiviti : Kelas e-Tuisyen Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah 

Tarikh : 7-8 Januari 2023, 14-15 Januari 2023

Masa : 10.45 pagi, 2.15 petang dan 3.30 petang

Tempat : Ruang Penguna PEDi dan Rumah Pelajar

Kehadiran : 3 orang 

Tujuan :

-> Menambah pemahaman pengetahuan murid dalam matapelajaran yang mereka lemah.

-> Membantu membimbing murid untuk lulus dalam matapelajaran yang penting.

-> Membiasakan murid dengan persekitaran pembelajaran atas talian.

-> Membantu ibubapa yang kurang berkemampuan untuk mendapat kelas tuisyen bagi anak-anak mereka. 

 

Aktiviti : 

# Nota disediakan oleh pihak petugas PEDi.

# Murid dibantu oleh petugas untuk menyambung pautan kelas subjek yang mereka daftar.

# Petugas PEDi akan memberikan alamat pautan kelas sehari sebelum kelas e-tuisyen bermula.

# Nota dan penggunaan komputer percuma diberikan kepada murid-murid yang mendaftar kelas.

 

Gambar disini

Nama Aktiviti : Kelas Dewasa Asas ICT Dan Multimedia 

Tarikh : 05 Januari 2023 (Khamis) , 07 Januari 2023 (Sabtu)      

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 1 orang (dewasa lelaki) 

Tujuan :

-> Mengajar komuniti yang tiada asas pengetahuan komputer dalam urusan kerja.

-> Melatih komuniti bagaimana menggunakan peralatan ICT dengan mudah.

-> Melahirkan komuniti yang mahir dalam teknologi ICT dan multimedia.

-> Menyediakan kemudahan pembelajaran komputer secara berperingkat.

 

Aktiviti :

# Komuniti diajar berpandukan modul yang disediakan oleh PEDi.

# Petugas PEDi akan membantu komuniti bagaimana menggunakan komputer.

# Komuniti akan belajar asas peralatan dan perisian dalam  sistem komputer.

# Kelas yang dihadiri adalah percuma untuk ahli yang berdaftar sebagai ahli PEDi.

 

Gambar disini

Nama Aktiviti : Sidang Mesyuarat Melalui Applikasi Zoom Oleh Guru-Guru dan Kerani Sekolah Rendah

Tarikh : 4-5 Januari 2023 (Rabu - Khamis)

Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat: Bilik Latihan dan Ruangan Pengguna

Kehadiran : 9 orang 

Tujuan:

-> Tiada talian internet di sekolah dimana terputus rangkaian di sekolah.

-> Memerlukan talian internet yang stabil untuk tujuan mesyuarat atas talian bersama pengurusan Pejabat Pendidikan Bahagian dan antara sekolah lain.

-> Sidang video dan sesi soal-jawab atas talian penting untuk komunikasi antara mereka bagi panduan pentabiran sistem di sekolah.

-> Sesi pengajaran untuk panduan para guru mengisi maklumat di dalam sistem yang telah disediakan oleh kementerian pendidikan negara.

 

Aktiviti : 

~ Menggunakan komputer untuk menghadiri sidang zoom bersama dengan para guru yang lain.

~ Sesi soal-jawab menggunakan applikasi chat dalam zoom.

~ Para guru boleh berkomunikasi dengan menggunakan video dan audio.

~ Muat turun dokumen ke dalam fail.

 

Gambar disini

Sub-kategori