Nama Program : Kelas E-Tuisyen PEDi bagi Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Dewasa

Subjek Daftar : Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin

Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu) dan 16 Oktober 2022 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi, 10.45 pagi, 2.15 petang, 3.30 petang dan 4.45 petang

Peserta : 6 orang 

Tujuan :

i. Membantu murid-murid yang lemah dalam matapelajaran tertentu di sekolah.

ii. Memahirkan asas minda murid-murid untuk menjawab dalam ujian semasa.

iii.Menambah pemahaman murid-murid dalam sesatu matapelajaran yang diajar disekolah.

iv. Memberi peluang murid berkomunikasi secara atas talian bersama dengan cikgu tuisyen. 

 

Aktiviti :

a. Pautan kelas disediakan oleh pihak e-tuisyen PEDi kepada petugas.

b. Nota akan disediakan secara percuma kepada murid.

c. Petugas PEDi akan memantau kelas sepanjang masa yang telah ditetapkan.

d. Kuiz disediakan selepas sesi pembelajaran oleh cikgu e-tuisyen.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Asas Belajar ICT dan Multimedia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

Traikh : 12 Oktober 2022, Rabu

Masa : 2.30 petang 

Peserta : 2 orang 

Tujuan :

i. Melahirkan belia yang mahir menggunakan peralatan dan perisian ICT secara umum.

ii. Melatih belia untuk mengurus-tadbir dokumentasi mereka bila telah perkerjaan.

iii. Mengasah bakat-bakat baru dalam bidang ICT tempatan atau global.

iv. Memberi peluang belia yang kurang kemampuan untuk menghadiri kelas-kelas asas ICT  secara percuma.

 

Aktiviti:

a. Modul disediakan oleh pihak PEDi dalam bahasa Melayu yang mudah difahami.

b. Teori pembelajaran didedahkan kepada peserta program disokong dengan latihan.

c. Belia di berikan peluang untuk membuat tugasan sendiri berpandukan contoh yang disediakan.

d. Petugas akan mengajar belia bagaimana menggunakan perisian-perisian yang baru.

 

Gambar disini 

Nama Program : Bicara Klik Dengan Bijak bertajuk Berita Palsu di media sosial .

Tarikh : 12 Oktober 2022, Rabu

Masa : 2.30 petang

Peserta : 2 orang (Lepasan SPM)

Tujuan :

i. Mencegah belia menyalahgunakan kemudahan internet untuk perkara yang negatif.

ii. Mengelakkan belia menjadi mangsa penipuan siber oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

iii. Mendidik belia agar lebih berhati-hati bila berkongsi maklumat bersama rakan-rakan.

iv. Membanteras jenayah siber dengan melaporkan kepada pihak berwajib iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Aktiviti :

a. Taklimat oleh petugas PEDi menerangkan apa itu Klik Dengan Bijak kepada belia yang hadir.

b. Kisah-kisah benar yang dilakon semula ditanyangkan menerusi video yang disediakan oleh pihak SKMM

c. Sesi soal-jawab di antara belia dan petugas.

 

Gambar disini

 

 

Nama Program : Kelas Asas Keusahawanan Belia 

Tarikh :6 Oktober 2022, Khamis

Masa : 9.30 pagi

Peserta : 1 orang (Lepasan SPM) 

Tujuan :

i. Memberi pendedahan kepada belia selok-belok perniagaan seiring dengan penggunaan teknologi moden.

ii.  Menyemai minat belia kepada dunia perniagaan dari peringkat awal.

iii. Membantu belia membangunkan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dulu.

iv. Menaikkan semangat belia supaya menceburi bidang perniagaan yang boleh menjana pendapatan sendiri.

 

Aktiviti : 

a. Teori akan disampaikan kepada belia oleh petugas PEDi berpandukan modul yang disediakan.

b. Setiap modul, belia akan membuat pratikal latihan oleh mereka sendiri dengan dibimbing oleh petugas.

c. Petugas akan memastikan belia faham serta mahir dalam setiap modul yang dipelajari.

d. Latihan-latihan secara berkala ini boleh meningkatkan penguasaan asas perniagaan dan kemahiran ICT mereka.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas e-Tuisyen bagi Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah 

Tarikh : 10, 11, 17, 18 September (Sabtu & Ahad)

Masa : 9.30 pagi, 10.45 pagi, 2.15 petang & 4.45 petang

Tempat : Ruangan Pengguna PEDi

Kehadiran : 6 orang 

Subjek : Kemahiran membaca BM & BI, Sains, Matematik & English 

Tujuan:

i. Membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran yang terpilih.

ii. Mengurangkan beban ibubapa yang berpendapatan  rendah.

iii.Membimbing pelajar untuk menggunakan teknologi atas talian.

 

Aktiviti :

-> Pelajar disediakan set komputer masing-masing sebelum kelas dimulakan.

-> Petugas akan memastikan sambungan kelas atas talian kepada setiap pelajar mengikut subjek yang didaftar.

-> Nota akan disediakan kepada pelajar dengan percuma.

 

Gambar disini

Sub-kategori