Nama Program : Bicara Buli Siber Media Sosial Tarikh: 27-28 Ogos 2022 Masa : 9.30 pagi, 11.45 pagi dan 3.30 petang Tempat : Ruangan Pengguna Peserta : 6 orang (Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah) |
Tujuan:
i. Memastikan para pelajar tidak menjadi mangsa buli sama ada di sekolah atau luar.
ii.Mencegah jenayah buli daripada berleluasa dikalangan pelajar sekolah.
iii.Menerangkan kepada siapa para pelajar melaporkan kes buli siber ini.
iv.Merupakan satu jenayah yang boleh diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib.
Aktiviti :
- Taklimat apa itu Klik Dengan Bijak kepada para pelajar.
- Menayangkan video Buli Siber kepada para pelajar untuk dijadikan sebagai contoh teladan.
- Para pelajar membaca informasi Klik Dengan Bijak melalui grafik animasi supaya mudah difahami.
- Lebih memahami bagaimana hendak menggelak diri menjadi mangsa buli siber.
Aktiviti : Kempen Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 tahun Malaysia Tarikh : 14 Ogos 2022 (Ahad) Masa : 2.00 petang Lokasi : Perkarangan Hotel Roxy, Serian Kehadiran : 150 orang |
Tujuan:
# Menanam semangat cintakan negara kita dikalangan rakyat tempatan.
# Menyemarakan semangat patriotik dalam jiwa komuniti yang berbagai kaum dan agama di negara ini.
# Mengibarkan bendera untuk membuktikan rasa sayang kepada tanah tumpah darah kita.
# Menyanjungi serta mempertahankan kemerdekaan negara untuk generasi seterusnya.
Aktiviti :
# Ucapan alu-aluan daripada Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia, Serian.
# Ucapan perasmian program oleh Yang Berhormat Encik John Ilus, Adun N.23 Bukit Semuja.
# Penyerahan bendera kepada Ketua-Ketua Komuniti Keluarga Malaysia bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia, Serian.
# Simbolik memacak Jalur Gemilang di Ikon buah Durian, Serian Piazza.
Nama Program : Kelas Memperkenalkan Komputer dan Sistem, Kelas Memperkenalkan Internet dan Gmail Tarikh : 14 Julai 2022 Masa : 2.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Kehadiran : 2 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan :
- Melatih komuniti menggunakan peralatan ICT dengan mudah.
- Membantu komuniti untuk mendapatkan pembelajaran ICT.
- Menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna.
- Memberi motivasi kepada komuniti untuk menerokai bidang digital.
Aktiviti :
- Latihan memperkenalkan peralatan ICT yang ada di bilik latihan.
- Menerangkan fungsi dan membuat latihan menggunakan peralatan ICT.
- Menjalankan aktiviti menaip secara asas disediakan.
- Pratikal melalui latihan dibuat sendiri oleh komuniti.
Aktiviti : Sesi Kelas E-Tuisyen PraSekolah Dan Sekolah Rendah Tarikh : 6-7 Ogos, 13-14 Ogos 2022 Masa : 9.30 pagi, 10.45 pagi, 2.45 petang, 3.30 petang dan 4.45 petang Lokasi : Ruangan Pengguna PEDi Tebedu Kehadiran : 6 orang pelajar |
Tujuan:
* Membantu para pelajar yang lemah dalam matapelajaran tertentu supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
* Meringankan beban ibubapa yang tidak mampu membiayai kos kelas tuisyen swasta.
* Meningkatkan mutu pemahaman pelajar dalam sesatu matapelajaran yang di ajar oleh guru-guru di sekolah mereka.
*Menjimatkan masa ibubapa bila menghantar serta mengambil anak-anak dari kelas tuisyen yang telah dijadualkan pada hari Sabtu dan Ahad
Aktiviti:
* Pelajar dibekalkan dengan nota secara percuma oleh pihak petugas PEDi.
*Petugas akan memberikan pautan untuk kelas-kelas yang telah didaftarkan.
* Para pelajar akan dipantu oleh petugas PEDi jika ada sebarang masalah semasa pembelajaran atas talian.
Nama Program : Klik Dengan Bijak - Buli Siber, Jangan Anda Jadi Mangsa Tarikh : 14 Julai 2022, Khamis Masa : 2.30 petang Kehadiran : 2 orang (Lepasan Sekolah) |
Tujuan :
- Memberi kesedaran kepada komuniti agar berhati-hati bila melayari media sosial.
- Jangan mudah mempercayai kenalan melalui internet.
- Memastikan komuniti melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengalami buli siber.
- Menyediakan talian khas untuk mencegah kejadian ini berleluasa.
Aktiviti:
- Tayangan video contoh buli siber yang dilakon semula untuk peringatan kepada komuniti.
- Tip-tip pencegahan untuk membanteras kegiatan buli siber ini diberi.
- Pihak berkuasa boleh dihubungi dengan no.telefon yang tertera di video.