Nama Program : Bicara Klik Dengan Bijak bertajuk Berita Palsu di media sosial . Tarikh : 12 Oktober 2022, Rabu Masa : 2.30 petang Peserta : 2 orang (Lepasan SPM) |
Tujuan :
i. Mencegah belia menyalahgunakan kemudahan internet untuk perkara yang negatif.
ii. Mengelakkan belia menjadi mangsa penipuan siber oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
iii. Mendidik belia agar lebih berhati-hati bila berkongsi maklumat bersama rakan-rakan.
iv. Membanteras jenayah siber dengan melaporkan kepada pihak berwajib iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Aktiviti :
a. Taklimat oleh petugas PEDi menerangkan apa itu Klik Dengan Bijak kepada belia yang hadir.
b. Kisah-kisah benar yang dilakon semula ditanyangkan menerusi video yang disediakan oleh pihak SKMM
c. Sesi soal-jawab di antara belia dan petugas.
Nama Program : Kelas e-Tuisyen bagi Pra-Sekolah dan Sekolah Rendah Tarikh : 10, 11, 17, 18 September (Sabtu & Ahad) Masa : 9.30 pagi, 10.45 pagi, 2.15 petang & 4.45 petang Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Kehadiran : 6 orang Subjek : Kemahiran membaca BM & BI, Sains, Matematik & English |
Tujuan:
i. Membantu pelajar yang lemah dalam matapelajaran yang terpilih.
ii. Mengurangkan beban ibubapa yang berpendapatan rendah.
iii.Membimbing pelajar untuk menggunakan teknologi atas talian.
Aktiviti :
-> Pelajar disediakan set komputer masing-masing sebelum kelas dimulakan.
-> Petugas akan memastikan sambungan kelas atas talian kepada setiap pelajar mengikut subjek yang didaftar.
-> Nota akan disediakan kepada pelajar dengan percuma.
Nama Program : Kelas Belajar Membuat Poster Dan Logo Perniagaan Menggunakan Applikasi Canva Tarikh : 27 Ogos 2022, Sabtu Masa : 9.30 pagi - 12.00 Tengah hari Tempat : Bilik Latihan Peserta : 2 orang (Dewasa wanita) |
Tujuan :
i. Melatih usahawan membuat poster dan logo perniagaan sendiri.
ii. Belajar menggunakan applikasi untuk mempromosikan perniagaan mereka.
iii. Membantu mereka untuk memasarkan produk jual di atas talian.
iv. Meningkatkan kadar jualan produk mereka dalam pasaran luar.
Aktiviti :
1. Mencipta logo sendiri oleh peserta dengan dibimbing oleh Rakan Digital satu-persatu.
2. Memperkenalkan applikasi yang dapat membantu usahawan membuat katalog produk sendiri
3. Memahirkan diri dengan memilih corak poster dan logo mengikut citarasa usahawan.
4. Usahawan sendiri reka-bentuk promosi produk perniagaan yang berbagai jenis.
Nama Aktiviti : Bicara Usahawan-Usahawan Tempatan Bersama Pegawai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Serta Pertandingan Rekabentuk Logo Dan Poster Tarikh : 7 September 2022, Rabu Masa : 8. 00 pagi - 4.00 petang Tempat : Ruangan Pengguna Dan Bilik Latihan Peserta : 15 orang (Dewasa, Belia dan Sekolah Menengah) |
Tujuan :
i. Mempromosikan program Klik Dengan Bijak kepada komuniti setempat.
ii. Membantu usahawan untuk mendapatkan serta memohon sokongan dana, peralatan dan lesen perniagaan.
iii. Mengasah kemahiran komuniti untuk membuat logo dan poster sendiri.
iv. Menaikkan semangat perniagaan dalam jiwa komuniti yang berminat untuk menjalankan perniagaan.
Aktiviti :
1. Bicara keusahawanan oleh Pegawai SEDC berkenaan bantuan geran peralatan dan dana modal untuk usahawanan.
2. Taklimat platforn E-Rezeki untuk komuniti yang berminat bekerja secara atas talian.
3.Sesi perkongsian Usahawan PEDi yang telah berjaya mendapat geran bersama komuniti.
4. Pertandingan rekabentuk logo dan poster perniagaan.
Nama Program : Mewarna Bendera Jalur Gemilang Tarikh : 29 Ogos 2022 Masa : 10.30 pagi Tempat : Ruangan Pengguna Peserta : 3 orang (Pra-Sekolah Dan Sekolah Rendah) |
Tujuan :
i. Menanam rasa cintakan negara tanah kelahiran sendiri.
ii. Menyemarakan semangat kesyukuran atas kemerdekaan negara.
iii. Menghormati bendera kebangsaan negara lambang kedaulatan negara.
iv. Mempertahankan kemerdekaan negara selamanya.
Aktiviti:
- Pelajar mencari web bendera berbagai negara di google.
- Pencarian bendera Jalur Gemilang bermula dalam web tersebut.
- Apabila ditemui, proses mewarna bendera Jalur Gemilang diteruskan.
- Model bendera disediakan untuk panduan para pelajar.