Nama Aktiviti : Kelas Online Tuisyen PIK untuk Sekolah Rendah Di Rumah

Tarikh : 14 November 2021

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi, 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Peserta : 2 orang (Sekolah Rendah Darjah 4) 

Tujuan:

Memudahkan pelajar mengikuti kelas atas talian di rumah masing-masing yang ada memasang peralatan wifi.Mereka ini mendaftar untuk mengikuti kelas e-tuisyen mengikuti subjek pelajaran yang telah didaftar sebelum ini kepada petugas di Pusat Internet Komuniti. Jika ada masalah talian wifi di rumah mereka, barulah mereka memohon dengan petugas untuk mengikuti kelas di pusat internet komuniti

 

Aktiviti:

Pelajar-pelajar akan diberikan "link" untuk mengikuti kelas secara atas talian oleh petugas pusat internet komuniti yang merupakan penyelia kelas e-tuisyen ini. Jika berlakunya sebarang masalah untuk mengikuti pada hari dan masa yang ditetapkan, ibubapa para pelajar boleh memaklumkan terus kepada petugas berkenaan.

 

Gambar disini

Nama Aktiviti : Sesi PDPR IPTA dan Kelas Latihan Perkapalan

Tarikh: 15-19 November 2021, Isnin - Selasa

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Komuniti

Tujuan :

Komuniti yang masih menyambung pengajian dibidang yang mereka daftar, hanya dapat berpeluang ketika ini menghadiri kelas melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) dalam tempoh pendemik Covid 19 ini. Memandangkan di rumah mereka tiada talian internet yang stabil, mereka pergi ke pusat internet komuniti untuk menyeleseikan masalah ketiadaan rangkaian ini. Pusat ini banyak membantu mereka untuk hadir dalam kelas-kelas atas talian yang telah ditetapkan oleh pensyarah-pensyarah mereka.

 

Aktiviti :

Dengan adanya kemudahan talian wifi percuma, komuniti yang berdaftar sebagai ahli hanya perlu membawa laptop mereka masing-masing untuk melayari internet. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan komputer yang disediakan hanya bayaran yang rendah mengikut jam.

 

Gambar disini

 

 

 

Aktiviti : Kelas E-Tuisyen online Sekolah Menengah Tingkatan 3

Tarikh : 7 November 2021, Sabtu

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : PC Ruangan Pengguna

Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

- Pelajar berpeluang untuk belajar walaupun tanpa bersemuka dengan guru mereka ketika tempoh penularan wabak Covid 19 ini.

- Mengurangkan keciciran mengikuti arus perdana pembelajaran oleh pelajar tersebut.

- Meringankan beban ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke bandar yang jauh dari tempat tinggal mereka.

 

Aktiviti :

- Petugas akan memaklumkan ibubapa pelajar yang berdaftar kelas e-tuisyen sehari sebelum kelas bermula.

- Pelajar akan diberikan nota yang disediakan oleh tenaga pengajar yang bertauliah untuk setiap subjek.

- Sesi bersama guru atas talian akan bertanya kepada pelajar sekiranya mereka tidak faham apa yang diajar.

 

Gambar disini

Aktiviti : Kelas Belajar Asas Bahasa Mandarin

Tarikh : 6 November 2021, Sabtu

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Bilik Latihan

Peserta : 3 orang ( Darjah 4, Tingkatan 4 dan Dewasa)

 

Tujuan :

- Belajar asas bagaimana bertutur dalam bahasa Mandarin dengan betul mengikut tatabahasa yang tersusun.

- Berpeluang mempelajari bahasa lain untuk menambah penguasaan dalam bahasa.

- Merapatkan hubungan setiakawan dikalangan kaum cina di negara ini.

 

Aktiviti :

- petugas akan memberi 'link' untuk hadir dalam kelas atas talian yang telah didaftar.

- nota disediakan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dari pihak pengurusan.

- pelajar akan berhubung terus dengan cikgu yang mengajar sekiranya tidak faham bahagian sebutan bahasa.

 

Gambar disini

 

Sub-kategori