Tajuk : Membincangkan Plan Tindakan Untuk Mempromosikan Page Menarik Di Serian-Tebedu

Tarikh : 11 Februari 2022 (Jumaat)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Latihan PEDi Tebedu

Ahli-Ahli : 10 PEDi

Tujuan :

- Pembahagian tugas dan deskripsi

- Aktiviti bulanan sepanjang tahun

- Story content untuk page Menarik Di Serian-Tebedu.

 

Aktiviti :

- Bincang pelaksanan plan yang telah dirangka sebelum ini untuk merancakkan lagi aktiviti sekitar kawasan di Serian dan Tebedu.

- Mencapai sasaran 'likes' di page Menarik Di Serian-Tebedu.

- Mempromosikan destinasi-destinasi yang menarik di sekitar daerah Serian dan Tebedu.

- Membantu usahawan-usahawan tempatan dalam perniagaan mereka untuk dikenali oleh umum

 

Gambar disini

 

Tajuk : Awas Scammer

Tarikh : 5 Februari 2022, Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Peserta : 3 orang (Belia IPTA/IPTS) 

Tujuan :

Klik Dengan Bijak(KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia. Memberi peringatan serta pengajaran kepada komuniti agar tidak melakukan penyalahgunaan internet dikalangan mereka.

 

Aktiviti :

Petugas memberi taklimat ringkas secara santai apa itu KDB? Komuniti diberikan web-web yang berkaitan untuk mendapat keterangan kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa di dalam dan luar negara. Petugas menasihat agar komuniti berhati-hati bila melayari internet atau mendapat sebarang mesej melalui applikasi seperti SMS, Panggilan telefon dan Whatsapp.

 

Gambar disini

Program: Latihan dan Bengkel Asas ICT 

Tarikh : 22 Januari 2022

Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari

Kehadiran : 1 orang (Wanita)

Tujuan :-

1. Mempelajari memasang perisian Microsoft Office (Word) yang terbaru.

2. Mengedit dokumen, muat-turun dan menyimpan data.

3. Mempelajari bagaimana untuk membuka applikasi yang mempunyai masalah.

4. Menghantar dokumen dari telefon bimbit ke dalam komputer riba.

 

Aktiviti:-

i. Petugas membantu bagaimana untuk mengemaskini perisian Microsoft Office yang lama ke visi yang terkini.

ii. Petugas mengajar peserta untuk melakukan kerja-kerja edit dokumen atau gambar untuk di emailkan.

iii. Peserta diarahkan oleh petugas untuk melatih diri menjalankan kerja-kerja dokumentasi atas komputer riba sendiri.

iv. Petugas memberi tip-tip kepada peserta agar memastikan komputer riba peserta mesti mempunyai anti-virus supaya data tidak rosak atau hilang.

 

Gambar disini

Program : Kelas Intensif Pembelajaran Tadika, Sekolah Rendah Dan Terbuka 

Tarikh : 21 Januari 2022 (Sabtu) Dan 22 Januari 2022 (Ahad)

Masa : 10.45 pagi, 11.15 pagi, 3.15 petang

Kehadiran : 4 orang

Tujuan :-

1. Memudahkan pelajar-pelajar mendapatkan ulang-kaji bagi matapelajaran setelah lama tidak hadir ke sekolah mereka.

2. Menambahkan fokus pelajar kepada pendidikan mengikut edaran masa supaya tidak ketinggalan.

3. Membantu pelajar untuk berinteraksi bersama-sama cikgu matapelajaran yang telah mereka daftar.

4. Memberi motivasi kepada para pelajar akan minat belajar mereka kembali semula setelah sekolah terpaksa ditutup semasa pendemik Covid 19.

 

Aktiviti :-

i. Pelajar akan mengikuti kelas secara atas talian bersama-sama cikgu mereka.

ii. Modul pembelajaran akan disediakan oleh petugas PEDi kepada pelajar.

iii. Cikgu yang ditugaskan akan memberi latihan secara atas talian.

 

Gambar disini.

Program : Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

Tarikh: 3 - 31 Januari 2022

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Kehadiran : Komuniti Daerah Tebedu (Penduduk Kampung)

Tujuan:

Komuniti berkunjung ke PEDi adalah untuk:-

1. Mengemaskini data peribadi secara atas talian.

2. Mengisi BKM secara atas talian bagi remaja yang telah mencapai umur 21 tahun.

3. Mendaftar akaun bank secara atas talian bagi yang baru membuat akaun.

 

Aktiviti:

Kemudahan talian jalur lebar(internet) yang stabil serta laju membuat komuniti lebih suka berkunjung ke PEDi untuk mengemaskini atau mengisi borang BKM secara atas talian. Petugas PEDi akan membantu melakukan proses kemaskini data pemohon dan akan mencetak lampiran yang telah dikemaskini daripada sistem web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kepada pemohon.

Gambar disini

 

Sub-kategori