Nama Aktiviti : Kelas Asas Keusahawanan Tarikh : 6, 9, 20, 21 Disember 2021 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari Peserta : 4 orang ( perempuan dan lelaki) |
Tujuan:
- Melatih pelajar meminat bidang perniagaan secara kecil-kecilan
- Memupuk semangat perniagaan dalam diri pelajar agar boleh membantu mereka dalam bidang yang diceburi nanti.
- Menyediakan asas perniagaan yang mudah untuk difahami oleh pelajar.
- Menjadikan bidang perniagaan satu kejaya mereka bila menamatkan persekolahan atau penggajian.
Aktiviti:
- Pelajar didedahkan dengan selok-belok untuk membangunkan suatu perniagaan secara berperingkat.
- Pengetahuan asas mengenai cara pengurusan perniagaan yang mudah.
- Menggunakan teknologi ICT untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan.
- Belajar bagaimana menguruskan kewangan perniagaan secara sistematik.
Nama Aktiviti : Kelas Asas Keusahawan (Belia) Tarikh : 6 Disember 2021, 9 Disember 2021 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Peserta : 2 orang (Perempuan) |
Tujuan:
- Komuniti dilatih untuk memahami selok-belok asas perniagaan secara kecil-kecilan.
- Menerapkan minat untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan semasa kepada komuniti.
- Menyiapkan pengetahuan asas kepada komuniti yang baru hendak memulakan perniagaan mereka.
- Membantu komuniti untuk merancang rangka perniagaan mereka pada peringkat awal.
Aktiviti:
- Komuniti diberikan penerangan mengenai bagaimana hendak memulakan sesuatu perniagaan sendiri.
- Belajar bagaimana hendak menghasilkan produk sendiri serta mempromosi produk kepada umum.
- Pendedahan kepada pengurusan kewangan dan pemasaran secara sistem.
Nama Aktiviti : Kelas Online Tuisyen PIK untuk Sekolah Rendah Di Rumah Tarikh : 14 November 2021 Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi, 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Peserta : 2 orang (Sekolah Rendah Darjah 4) |
Tujuan:
Memudahkan pelajar mengikuti kelas atas talian di rumah masing-masing yang ada memasang peralatan wifi.Mereka ini mendaftar untuk mengikuti kelas e-tuisyen mengikuti subjek pelajaran yang telah didaftar sebelum ini kepada petugas di Pusat Internet Komuniti. Jika ada masalah talian wifi di rumah mereka, barulah mereka memohon dengan petugas untuk mengikuti kelas di pusat internet komuniti
Aktiviti:
Pelajar-pelajar akan diberikan "link" untuk mengikuti kelas secara atas talian oleh petugas pusat internet komuniti yang merupakan penyelia kelas e-tuisyen ini. Jika berlakunya sebarang masalah untuk mengikuti pada hari dan masa yang ditetapkan, ibubapa para pelajar boleh memaklumkan terus kepada petugas berkenaan.
Nama Aktiviti : Kelas Online Tuisyen PEDi Untuk Pelajar Sekolah Rendah (Bahasa Inggeris dan Matematik) Tarikh : 4,5,11,18 Disember 2021, Sabtu dan Ahad Masa : 9.30-10.30 pagi, 2.00-3.00 petang Peserta : 2 orang (Darjah 4) |
Tujuan:
Mengisi masa cuti sekolah pelajar-pelajar, agar mereka tidak leka bermain dan tercicir daripada pembelajaran semasa tempoh pandemik Covid 19 ini. Dengan adanya kemudahan e-tuisyen yang disediakan oleh pihak petugas PEDi memudahkan ibubapa mendaftar anak-anak mereka semasa cuti persekolahan yang panjang ini.
Aktiviti:
Para pelajar akan dimaklumkan oleh petugas PEDi berkenaan dengan jadual kelas e-tuisyen online tersebut dari semasa ke semasa melalui pesanan kepada ibubapa mereka sebelum kelas bermula. Pelajar akan diberikan pilihan sama ada untuk hadir kelas di PEDi atau rumah mereka sendiri.
Nama Aktiviti : Sesi PDPR IPTA dan Kelas Latihan Perkapalan Tarikh: 15-19 November 2021, Isnin - Selasa Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang Tempat : Pusat Internet Komuniti |
Tujuan :
Komuniti yang masih menyambung pengajian dibidang yang mereka daftar, hanya dapat berpeluang ketika ini menghadiri kelas melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) dalam tempoh pendemik Covid 19 ini. Memandangkan di rumah mereka tiada talian internet yang stabil, mereka pergi ke pusat internet komuniti untuk menyeleseikan masalah ketiadaan rangkaian ini. Pusat ini banyak membantu mereka untuk hadir dalam kelas-kelas atas talian yang telah ditetapkan oleh pensyarah-pensyarah mereka.
Aktiviti :
Dengan adanya kemudahan talian wifi percuma, komuniti yang berdaftar sebagai ahli hanya perlu membawa laptop mereka masing-masing untuk melayari internet. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan komputer yang disediakan hanya bayaran yang rendah mengikut jam.