Nama Aktiviti: Klik dengan Bijak : Berhati-hati Dengan Panggilan Telefon Daripada Scammer Menyamar Polis, Bank, Agen Insuran, Penculikan Dan Pekerjaan Tarikh : 20 November 2023, Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Kehadiran : 25 orang (Dewasa) |
Tujuan:
i. Memberi kesedaran kepada komuniti agar tidak mudah tertipu dengan kata-kata manis atau ugutan oleh pihak yang tidak dikenali.
ii. Mendedahkan taktik-taktik tipu-daya oleh penjenayah-penjenayah siber dari semasa ke semasa.
iii. Melaporkan kepada pihak yang berwajib jikan menerima sebarang ugutan atau saman dari pihak yang menyamar sebagai Polis, Mahkamah atau Lembaga Hasil Dalam Negeri.
iv. Membantu menyebarkan kempen-kempen cegah scammer dikalangan komuniti melalui media sosial mereka.
Aktiviti :
a. Tayangan video youtube kisah-kisah benar penipuan siber oleh pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.
b. Temu-bual secara lakonan semula oleh mangsa-mangsa scammer yang telah dilaporkan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia.
c. Menyiarkan keratan-keratan berita semasa berkenaan penipuan oleh scammer terhadap komuniti tempatan.
Nama Aktiviti : Kelas Amali e-Learning Sekolah Rendah Oleh Mahasiswa MSU College Sarawak Tarikh : 13 November 2023, Isnin Masa : 11.30 pagi - 3.30 petang Tempat : Bilik Latihan PEDi Kehadiran : 5 orang ( 2 orang murid sekolah rendah dan 3 orang mahasiswa) |
Tujuan :
i. Memberi bimbingan asas pembelajaran kepada murid-murid sekolah rendah secara atas talian.
ii. Menyiapkan amali tugasan sebagai mahasiswa yang akan menamatkan ijazah pendidikan mereka.
iii. Mengukur keberkesanan sistem pendidikan secara atas talian kepada murid-murid yang terlibat.
Aktiviti :
a. Mahasiswa membuat latihan amali pembelajaran atas talian bersama murid-murid yang dijemput sendiri oleh mereka.
b. Murid-murid diajarkan membaca ayat dan mengeja perkataan dalam bahasa English.
c. Sesi diadakan untuk murid-murid sekolah rendah dimana menguji daya pemahaman apa yang mereka telah belajari.
Nama Program : Settlekan Pemasaran Digital Anda Dengan Kuasa AI Tarikh : 4 November 2023, Sabtu Masa : 11 pagi - 1 petang Tempat : Ruangan Pengguna PEDi Peserta : 3 orang (Usahawan Tempatan) |
Tujuan :
i. Membantu usahawan mempromosikan iklan produk jualan mereka secara digital ke platform media sosial secara atas talian.
ii. Mengembangkan rangkaian perniagaan bagi usahawan yang telah berjaya melalui teknologi "Kecerdasan Buatan"(AI) bagi membantu meningkatkan imej syarikat.
iii. Memperkenalkan teknologi baru dalam mempromosikan perniagaan usahawanan Malaysia ke arena global bagi memasarkan produk mereka.
Aktiviti :
- Sesi seminar ini percuma untuk para usahawan tempatan yang berminat menyertai program ini.
- pihak petugas PEDi akan menyediakan kemudahan untuk usahawan yang mengikuti seminar ini di PEDi.
- Petugas turut serta mengikuti program ini untuk menambah pengetahuan bagi perkongsian bersama komuniti setempat.
Nama Aktiviti : Program Cabaran STEM Atas Talian Oleh Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Sain, Tebedu Tarikh : 6 November 2023, Isnin Masa : 9.30 pagi - 12.00 Tengah hari Tempat : Bilik Latihan PEDi Kehadiran : 8 orang ( 6 orang murid dan 2 orang Guru Pengiring) |
Tujuan :
i. Menguji minda murid-murid dalam penguasaan subjek sains, matematik dan teknologi di peringkat sekolah rendah.
ii. Menyesuaikan persekitaran berdasarkan ICT kepada murid-murid dengan bantuan guru mereka.
iii. Mendedahkan kepada murid-murid penggunaan teknologi dapat membantu sistem pembelajaran semasa.
iv. Mengetahui tahap pencapaian murid-murid dalam pemahaman subjek yang diajar di sekolah.
Aktiviti :
a. Guru membantu murid-murid untuk masuk ke dalam sistem menjawab ujian berasaskan STEM.
b. Murid-murid akan dibenarkan menggunakan set komputer masing-masing menghadir ke program secara atas talian tersebut.
c. Masa akan dipantau oleh guru yang bertanggungjawab menyelia murid-murid mereka ketika sesi ujian minda diadakan.
Nama Program : Kelas e-Tuisyen PEDi Sekolah Rendah Tarikh : 4-5 November 2023, Sabtu-Ahad Masa : 10.45 pagi, 12.00 tengah hari, 2.15 petang, 3.30 petang, 4.45 petang Kehadiran : 5 orang (Tahun 1-Tahun 6) |
Tujuan :
i. Memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek.
ii. Membimbing pelajar-pelajar untuk meningkatkan mutu pemahaman dan penguasaan bagi setiap matapelajaran yang didaftar.
iii. Memudahkan ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kelas tuisyen mengikut jadual yang ditetapkan.
iv. Menjimatkan masa dan perjalanan yang dekat dari rumah pelajar-pelajar di daerah ini.
Aktiviti :
- Nota dicetak secara percuma kepada pelajar-pelajar mengikut subjek yang didaftar sebelumnya.
- Pelajar akan diberikan pautan kelas atas talian sehari sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Petugas PEDi akan memantau perjalanan kelas yang diadakan di dalam PEDi.