"Selamat Hari Keselamatan Internet Sedunia!"
 
           Advokasi Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif dan beretika dikalangan rakyat Malaysia.
Jadilah pengguna Internet yang bertanggungjawab semasa dalam talian. Berwaspadalah supaya tidak terjerat dengan menjadi mangsa penipuan dalam talian
ataupun penyalahgunaan teknologi Internet.Sentiasa mengamalkan etika media sosial secara bijaksana dan berhemah demi kesejahteraan siber.
 
#klikdenganbijak #malaysiaICTvolunteer   #mcmc   #saferinternetday2021
 
 
 
 

Tarikh : 5 Februari 2021 (Jumaat)  

Masa : 2.00 pm - 4.30 pm

Peserta : 1 orang(Lepasan IPTA)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Mendedahkan perisian multimedia kepada peserta agar mereka dapat menambah pengetahuan untuk membuat pembentangan di masa depan. Kelas ini memberi kemudahan kepada peserta untuk menambah pengetahuan dalam menghasilkan pembentangan projek dalam bentuk animasi berbagai paparan.

 

Aktiviti :

Modul multimedia diajar kepada peserta dengan memberi tunjuk-ajar bagaimana menghasilkan paparan animasi yang menarik dalam tayangan pembentangan projek atau tugasan umum. Peserta akan diberi beberapa latihan yang berkaitan dengan multimedia dengan muat turun video, gambar dan imej. Kemahiran pembentangan multimedia ini akan digunakan oleh peserta untuk menyiapkan tugasan.

Gambar disini

Tarikh : 1 Februari 2021 (Isnin) 

Masa : 2.00 pm - 4.30 pm

Peserta : 1 orang (Lepasan IPTA)  

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

Memberi kesedaran kepada peserta agar tidak menyalahgunakan teknologi maklumat dengan sesuka hati tanpa tujuan. Bila berlakuya sesuatu kesalahan dalam bidang siber dan telekomunikasi, ianya boleh diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Kemahiran dalam bidang teknologi maklumat adalah asas kepada komuniti untuk menyiapkan diri dengan peluang-peluang perkerjaan semasa di sektor kerajaan ataupun swasta.

Aktiviti:

Sebelum kelas pembelajaran dimulakan, kempen "Klik Dengan Bijak" akan disampaikan kepada peserta. Tayangan video "Klik Dengan Bijak" bertajuk Penipuan Kewangan atas talian agar peserta berhati-hati bila membuat tranksasi kewangan. Selepas itu, kelas akan dimulakan dengan peserta mengenali peralatan dan perisian teknologi maklumat iaitu komputer, sistem operasi, internet dan emel yang berfaedah dalam urusan seharian kita. Peserta akan membezakan teknologi maklumat yang lama dan baru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman tenologi sains.

 Gambar disini

Tarikh : 2 Februari 2021 (Selasa)

Masa : 2.00pm - 4.30 pm

Peserta : 1 orang (Lepasan IPTA )

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Menambah kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office bagi peserta yang belum mahir selok-belok applikasi seperti Word dan Excel dalam urusan seharian. Dengan  adanya pembelajaran yang lebih meluas, peserta boleh menambah pengetahuan mereka dalam bidang penulisan dokumen atau risalah dan merekod data kewangan atau senarai peralatan.

 

Aktiviti:

Kelas bermula dengan penerangan oleh petugas mengenai modul yang akan dipelajari amat berfaedah untuk peserta agar mudah membuat latihan yang diberikan nanti. Peserta akan membuka perisian Microsoft Word dan Excel untuk menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan.Peserta akan diberikan beberapa latihan berkaitan dengan modul yang diajar sehingga mahir.

Gambar disini

Sub-kategori